Monday, December 27, 2010

Dua Post Dalam Satu Entry Jadik Panjang Berjela-jela.

Assalamualaikum =)

Tajuk entry memang ade kene mengene dengan post ea. haha. disebabkan semalam tak dapat update belog di atas sebab bukan di bawah, kiri mahupun kanan sebab, sibuk dengan praktikal kfk. semalam pon balik dari kelab around 1. blogwalking secara rambang, dan tidur. gua memang caring kat para blogger tuh yang sempat jerk nak blogwalking even penat yang teramat sangat. sila terharu sekarang!

Semalam pagi around 11am abah antar balik UTM dan terus ke kelab. time tuh da ade aten, pija dengan fatin. sampai kat kelab jerk dieorang ajak pergi makan kat meranti. aku join jerk sebab makan tuh kan hobi semulajadi aku. okay! tipu. sebab before gerak balik UTM aku da breakfast soto. kenyang lagi. jadik follow dieorang jerk sebab kalau tak, aku sorang-sorang jerk kat kelab. tak manis la kan bila dalam satu bilik tuh ada 7 lelaki dan hanya ada seorang awek cun *angkat kening :)

Balik dari meranti, check in bilik plak. aku stay dengan dieorang kat kolej 11. kiteorang sewa satu bilik jerk. tuh bilik pija. pija suro ckp bilik dia banglo yang complete with any facilities. memang complete gile woo. haha. macam sewa banglo betul la. haha. kalau aku tak cakap camnie, nanti pija halau aku. so, cakap jerk la kan. haha. memang sweet la tido ramai-ramai camnie. heaven kot! meriah gituuuuu. ambik katil dari bilk fatin. jadik masing-masing mendapat satu tilam dan bole tidur dengan selesa nye.

Da siap solat semua kiteorang pergi tuang minyak kereta afi sebab da cuak, dekat metre tuh da ade lampu merah. sekali kami tertipu sebab lampu tuh da rosak so dia memang akan menyala sahaja. even minyak penuh.ceiittt. tak ape la. then balik kelab sebab ade class dengan abang DJ pasal studio lightning. aku tak join pon sebab secara tiba-tiba, qila msg ajak berongeng bersama shahir dan wafi.

Qila ambik aku kat UTM then terus pergi CS. bajet dapat jumpe fad kat sane. sebab fad cakap dia pon nak pergi CS dengan akak dia. sekali da makan kat mcd semua, call fad, dia tak gerak pergi CS lagi. kiteorang pon tukar plan. plan seterusnya pergi Danga Bay untuk kayuhan amal mengecikkan peha aku disebabkan makan fries mcd. percaya ke? gila la kalau korang percaya :P

Aksi-aksi di DB sangat la di luar jangkaan pemikiran manusia normal. kerana kiteorang beraksi macam tak ada orang lain kat situ. macam DB tuh bapak kiteorang yang punya. tapi mereka sangat sporting. lantak la orang nak cakap ape pon, janji kiteorang enjoy gilosss! non-stop-LAUGHING ! sangat seronok plus plus plus. berbasikal dengan aksi-aksi drift, naik bukit yang tinggi, pastuh lagi sikit nak dekat level stabil atas bukit tuh basikal tuh da mengundur balik, masing-masing tahan pakai kaki, bawak laju-laju, shahir dengan wafi tegur semua orang yang lalu lalang dengan selambaaa badak dieorang, tengah-tengah kayuh pedal kat part wafi tercabut, lalu kat lopak air yang sebenar nya ade lubang yang besar lagi dalam, memang macam nak terbalik basikal tuh, dah la basikal tuh da uzurrr plus kokak yang teramaaaaaatttttt la sangat, pastuh lumba basikal dengan budak tak matang berambut merah,sure la kiteorang kalaaahhhh. hello, basikal awak tuh 2 tayar, basikal kiteorang 4 tayar. plak tuh dengan muatan berat atas tuh memang la kiteorang tak boleh menang. yang tak bole blah tuh, bole ajak repeat lagi skali tuh. sengal! haha.

Tapi sangat malang, tiada gambar yang dapat di snap bersama akibat aktiviti ketawa sampai semua urat-urat perut tegang. pipi-pipi dan mulut jugak mendapat latihan unlimited ketawa. da lame tak gelak macam orang gila macam tuh. turun basikal jerk masing-masing pergi toilet, buang air laaaa. da ketawa macam orang gila. abes semua air-air berada di level bawah pundi kencing. haha. pastuh shahir belanja dieorang air tin yang satu tin rm3. mula-mula aku nak ambik jugak, sebab shahir cakap bukan senang dia nak belanja. setahun sekali, tp bile shahir bayar rm10, mamat bangla tuh cakap tak cukup dan lagi rm2. aku terus letak balik. aku sempat sound balik, kat UTM, rm3 tuh bole dpt 2 tin tahu tak? mamat bangla tuh sengih-sengih bajet handsome.

Pastuh qila antar aku balik UTM. ikotkan ati memang la nak join dioerang tengok bola malam nya, tapi aku ade class practical. memang tak boleh skip la. sebab nak discuss sekali pasal assignment presentation kiteorang. nasib baik faiz da buat kan slide. so, just tambah sikit-sikit, masukkan temp;ates dan pahamkan. malam tuh aku, aten, pija dengan fatin plan nak makan dekat meranti. lepas maghrib terus jalan kaki pergi meranti. gigih! bole kurussssss sebab jauh gilo! sekali sampai meranti semua kedai TUTUP. memang tak berbaloi. call afi tanya nak pinjam kereta then pergi makan kat mcd. aku makan mcd dua kali sehari. sebab time pergi CS tuh pon aku makan mcd. haha. lantak lah janji perut gua tak gendang gendut tali kecapi.

Abes class, balik bilik, basuh baju, angkat tilam, solat, blogwalking dan tidddddooooooo.

Pagi tadi pergi kelab naik keta afi. breakfast dan terus bergerak ke PSZ. presentation by all groups and abes pukul 2pm. makan, solat dekat masjid, lepak-lepak jap. plan nak pergi UMall. nak carik tudung, makanan, minuman. haha. bekalan untuk ke praktikal. al-maklum la, kami semua memang jenis manusia yang berperutkan tong drum. haha. balik dr UMall ,aku dengan aten dapat balik bilik sebab group discussion kiteorang malam nie. Pija dengan fatin terpaksa pergi ke kelab semula. selepas puas bergossip bersama aten comel, aten comel pon tidoooooooo dan aku menghupdate belog. sebab tak nak postpone cerita. :)





pose gedik : PIJA. credit to KECHEQ sebab pergi masjid pinjam selipar dia.




aten , fatin , biha , pija .



pija pro woo ambik gambar ramai-ramai tanpa memerlukan khidmat bantuan orang lain mahupun selftimer.



mereka shopping even hanya di Giant!



*kebosanan sambil menunggu aten dan pija carik belt , fatin carik trshirt sambil call en.pemantau.haha



di awal pagi.tengok pose pija.tuh yang aku tiru kat gambar atas sekali tuh.



BFF aku , hanim ade problem. tapi aku tak dapat nak solve out problem dia. dia jugak sakit dan MC arinie. sory, dear! i cant help u now. nanti settle keje aku malam kang, aku call kau ea. be strong! prayer with u. InsyaAllah. en.boyfie dianak tirikan. sory ea, en.boyfie. nanti da free i msg u =)
okay.gtg.BYE!