Friday, December 31, 2010

seronok + penat = enjoy ! -episode1-

Assalamualaikum =)

Ape khabar dunia? setelah berhari-hari berada tanpa lappy di sisi akhirnya hari nie berjaya online, bertweet, berblogwalking, etc. enjoy gilos berada di n9. even penat yang teramat sangat tapi still enjoy the moment. penat lelah tuh terbalas apabila feeling of happiness tuh satu bus (semua budak yang join practical) share it together. mereka super gonjeng! never feeling of regret bila join club nie. they already making my days! thanx everyone.

Hari selasa, seawal jam 430am, aten da jadik jam loceng aku, pija dengan fatin. sangat semangat mereka. aku jugak la yang liat nak bangun. gigih kiteorang bangun seawal itu, dan mandi bersama air yang sangatssssss sejuk. haha. pukul 550am, afi tolong antarkan kiteorang pergi pejabat HEMA. kiteorang kene berkumpul kat situ. sejurus azan, semua solat. pastuh tolong angkat-angkat barang dari kelab. bila semua berkumpul, briefing kejap, baca doa dan kiteorang pon bertolak. memang semua pon bantai sambung tido laa dalm bus kan. kiteorang stop kat R&R pagoh utk breakfast then continue the journey.

Da sampai kat Port Dickson, semua orang da bangun. usha-usha tempat orang. first destination yang kiteorang pergi utk click-click adalah MUZIUM KOTA LUKUT. time kiteorang sampai tuh, tempat tuh tak ada orang sangat. lepas load filem semua, everyone bergerak mengikut group masing-masing. kat situ aku blur-blur lagi. nak ambik gambar ape, guna technique ape. tapi ape guna ade fasi kan? haha. so, acong tolong bagi idea. da puas ambik gambar semua, kiteorang pon menuju ke hotel kami.  Hotel Mesra. memang mesra abes la kan! mesra la sangat! service hampeh. tapi alhamdullilah, masih diberi ruang untuk berteduh. aku dapat satu bilik dengan NADA,ANA,ATEN & PIJA. bilik yang sangat kecik tuh kami share seramai 5 orang. less of comfortable. tapi redah jerk laa. setakat tempat untuk tido dengan salin baju jerk. bole laa.

Lepas makan, solat, kiteorang terus memulakan main activity kiteorang balik. this time kiteorang pergi melawat ostrich, monyet, ayam, rabbit dengan iguana kat OSTRICH FARM. name jerk ostrich farm tapi, macam-macam binatang ade kat situ. pastuh moment paling best, aku dapat naik ostrich babe! sangat la takut sampai semua pose penakut aku atas ostrich tuh dapat dirakam kan di dalam camera mereka budak-budak kelab. siap sedia la bile dieorang da uploads kat fb nanti ea. haha! kat situ kiteorang try makan sate ostrich. satu cucuk rm1.70. not bad laa. tapi liat sikit. nasib baik tak tercabut gigi gua. haha. abang yang bakar sate tuh adalah abang yang sama guide sape-sape yang naik ostrich = ABANG GATAL! haha. makcik yang jaga farm tuh sangat la baik, semua orang dapat sijil penghargaan naik ostrich even dieorang tak naik pon. haha.

Next, kiteorang pergi TELUK KEMANG. kat situ sangat la banyak scene yang cantik untuk diambil gambar. yela, sampai pon da nak senja. the beautiful scenery there. macam-macam jugak yang aku belajar dekat situ. excited bertemu pantai jugak tak dapat dibendung apabila gedik-gedik dekat air tuh. main percik-percik air tuh. dalam tentatif tak ada plak aktiviti mandi pantai beramai-ramai. so, kene pendam kan jerk la hasrat murni tuh. haha. lepas makan malam semua, kiteorang set up la tools untuk night photo. this time, group dicampur-campurkan. group aku combined dengan group jeb(pengarah program) plus zaim dengan wani dari group alip. time set up tuh, suddenly hujan lebat sangat. berlari lah kami semua carik tempat berteduh. a little bit of dissapointed sebab tak dapat buat night photo. tanpa membuang masa acong ajar kiteorang uses of flash. berdedikasi kan fasi aku? haha.

Bila hujan da reda sikit kiteorang pon kene berjalan pulang ke hotel. ye, BERJALAN kaki pulang. haha. sangat jauh menyebabkan kepenatan yang melampau. haha. sampai bilik, mandi, solat terus tidur. entry kali nie tak ade gambar sangat sebab terlupa nak snap picture sendiri. tak sempat laa. lagipun everyone were given assignment. so, lebih banyak ambil gambar menggunakan camera kelab. nanti da dapat soft copy nya, aku tempek banyak-banyak kat blog nie ea?

si gedik bersama kaca mata jeb.haha.

wait for the next episode yaa.BYE!