Monday, June 20, 2011

Great Emak dan Selamat Hari Bapa, Abah !

Assalamualaikum =)

Hari nie tak ade class. so, plan nak puasa sunat. sebab dalam bulan rejab nie, belum berkesempatan untuk puasa sunat. dengan menggunakan alasan, konon nya ada class shortsem, maka tak larat nak puasa. sungguh keji alasan yang diberikan. akan aku gigihkan jugak puasa sunat hari khamis nie, even ade class. aku memang kaya dengan alasan. ye, budak pemberi alasan tegar mungkin !

Pagi tadi dapat bangun sahur dengan gemilang nya, sebab mudah bangun pagi. haha. selalunya mak kene tunggu aku bangun sampai masuk toilet, baru bole mak keluar bilik. yup, i'm not such a good daughter. tapi pagi nie, bertambah kezutan. mak siap bawakkan air dengan roti dan biscuit sampai dalam bilik. mood bangun tido selalu tak stabil, kalau stabil conform aku terus nangis. tak expect pon mak akan buat sampai camtuh sekali. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan emak camnie. she is the greatest mother ever in the world ! terima kasih, mak. :)

Lepas subuh tak boleh tido, layan movie 'aku tak bodoh'. nasib baik  movie nie best. pastuh dalam pukul 9, bole pulak mata nie baru nak mengantuk. konon-konon nya nak tido kejap jerk. sekali terlajak sampai pukul 9.45. bergegas mandi dan siap-siap. sebab nak submit report dekat utm. ajak mak teman. mak pon on jerk. kenapa ajak mak teman? sebab saje bosan da selalu sangat drive sorang-sorang. lagipun mak bukan ade buat ape dekat rumah.

Lepas da submit report, pergi bank-in kan duit pulak. nasib baik orang tak ramai. tak payah la nak tunggu lame-lame. balik rumah, tengok tb dan selebihnya tido. bangun untuk solat jerk dan tido balik. its embarassing me. puasa tapi tido memanjang. apela nak jadik. aku pon tak tahu kenapa, asal aku baring jerk terus nyenyak sampai get into macam-macam mimpi. ade jugak plan nak tengok movie sebab nak avoid tido, tapi tetap tertido jugak. at last, laptop tengok aku. tb plak, memanjang la cite indon. sampai rase macam da jadik warganegara indon plak. uish! agak-agak dekat indon, berlambak tak cerita melayu kat siaran tb dieorang?

Next, selamat hari bapa, ABAH! agak lambat aku update entry pasal hari bapa, tapi pedulik hape aku. belog aku kan? haha. so, semalam just make small party for celebrating father's day. gather ramai-ramai dekat rumah kaklong. kalau nak list out kan pengorbanan abah, memang sampai kiamat pon tak abes. sebab it is totally INFINITY ! 20 tahun aku tumpang bernafas kat bumi Allah nie, kalau tak ade abah di sisi, mungkin i'm not being someone macam sekarang. 20 tahun jugak nak besarkan aku, bukan satu amanah yang mudah. tuh tak plus dengan akak-akak dan abang aku lagi. tapi abah kuat, dia ambik tanggungjawab nie dengan hati terbuka sampai lah sekarang dan pasti juga sampai akhir hayat dia.

Sampai hari nie, aku tak rase lagi yang aku da puaskan hati abah, da gembirakan abah 100%, even memang impian abah nak tengok aku jejak kan kaki ke universiti, tapi aku still rase yang tuh belum cukup memadai kalau nak compare dengan jasa dia selama nie. umur abah da menjangkau 66 tahun. dan sepatutnya pada usia emas nie, dia hanya perlu duduk di rumah untuk berehat dan mengisi masa dengan lebih banyak amal ibadah dia, tapi disebab kan aku, ye DISEBABKAN AKU dia masih juga keluar pagi dan balik petang untuk memikul tanggungjawab selagi dia mampu.

Owh, aku da tak boleh teruskan menulis, sebab air mata da merembes keluar, sory, peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali jadik anak derhaka, nabihah! aku bangga sebab nama aku berbintikan sorang insan yang pada mata aku dia lah super hero aku dunia akhirat. terima kasih abah, EN AB RAHIM BIN HJ OMAR.

*abah tak pernah pukul aku dari kecik sampai sekarang dan sampai sekarang jugak aku masih tak ade jawapan untuk tuh.

*for future husband : awak bole jadik macam abah ? kalau bole, jom kahwin sekarang! :D


Abah handsome kan?