Wednesday, August 10, 2011

Aliya.

Assalamualaikum =)


Korang ada haiwan peliharaan? Korang sayang dia? Kalau dia sakit korang sedih tak? Haha. intro tak boleh blah. Okay. ALIYA sakit. Tadi petang after mandi tergerak hati nak duduk berbual dengan ALIYA. Sebab rasa macam dah lama tak buat macam tuh. Busy sangat. Kalau dulu hari-hari aku yang bagi dia makan. Sekarang, sekali sekala je. Yang selalu tolong bagi makan, abah lah. Then, petang tadi time bagi dia makan, dia tak macam biasa. Selalu once aku dah ketuk-ketuk bekas makanan aquarium dia, sure dia terus naik ke atas. Ready nak makan. Tapi tadi, even aku dah masukkan makanan dalam aquarium dia, dia still tak bagi response, baring je. Aku ketuk-ketuk aquarium dia, pon sama je.


Aku letak aquarium JOHNNY sebelah aquarium ALIYA. Tapi JOHNNY je yang beria kembangkan ekor semua. ALIYA tengok je. Terus aku bagitahu emak, siap nangis sekali time bagitahu tuh. Tak tahu la kenapa sensitive sangat. Mak cakap, nak buat camne, dah dia sakit. Kalau dia mati pun dah ajal dia. Lagi lah aku nangis! 


Badan ALIYA pun dah tak macam selalu. Should be badan dia colour merah + biru. Tadi badan dia colour merah + putih. Mungkin colour biru itu sudah pudar?

No matters what, ALIYA kene sembuh as soon as possible. I do LOVE ALIYA so much. Dia selalu teman aku study last sem. Aku tak nak ada yang menjadi pengganti dia. Aku nak ALIYA juga. Hope ALIYA will get well soon. Nak bawak pergi clinic boleh tak? Tapi clinic haiwan pun aku tak tahu kat mana.

Uda cakap, ALIYA bukan sakit tuh, dia letih puasa. =_______= apa kejadah entah dia fikir camtuh. Saje nak sedapkan hati aku kot. Tonight aku nak tidur dengan ALIYA.



time nie baru belikan batu colourful tuh untuk istana dia.




aku online pon dia selalu teman.





i do love you aliya.





nie tadi. aliya dah start sakit.





terbaring je. tak gerak-gerak naik atas.





JOHNNY datang pun dia buat bodoh je.





nie bukti dia tidur dengan aku malam nie.


please praying for aliya. semoga dipanjangkan umur.
BYE!

Second Family.


Assalamualaikum =)

Semalam puasa yang ke-9 tapi untuk aku baru yang ke-4. Dan semalam mengharungi puasa bersama mereka. Berbuka juga bersama mereka. Tidak ketinggalan menunaikan ibadat terawih dan bermain bunga api bersama mereka. Alhamdullilah. Gembira nya tak terkata. Meriah kelab semalam, even arked meranti tuh dah tak ada orang. Memulakan operasi mencari juadah berbuka puasa di bazar Taman Universiti. Semua pun aku nak beli. Dasar nafsu mengatasi segalanya.


Dari kelab lagi dah decide nak beli ayam golek. Nak share dengan Amin & Aten. Setibanya di bazar, terus beli kuih tepung pelita. RM4 dapat 10. Best sebab kuih tepung pelita dia sedap! Lepastuh jalan-jalan, usha makanan , misi mencari ayam golek. Sampai kat penghujung bazar tuh, ayam golek masih belum jumpa. Terus assume, dah habis. Beli lauk ikan patin masak lemak gulai tempoyak. Nasi putih nabil dah tolong masakkan kat kelab. Jalan-jalan, usha tampat jual bunga api pulak. Tak meriah lah gerai bunga api kat sini. Kalau dekat bazaar Kg. Melayu Majidee & Taman Suria, pergh! Gerai jual bunga api & mercun tersangat lah meriah. Sampai kau tak tahu nak beli kat gerai yang mana satu. Dekat bazar Taman universiti nie, ada SATU je gerai yang jual bunga api.


Hah! Jalan depan sikit, depan sikit. Sekali jumpa abang ramai-ramai tengah golekkan ayam! Ayam golek! Ayam golek! Excited aku dengan amin memang tak boleh dibendung lagi. Terus berlari pergi beli. Haha. rasanya it was my first time makan ayam golek. Gila jakun kau! Sally, Aten, Amin dengan aku share. Beli separuh dengan harga RM9. Mission accomplished! Patah balik pergi beli bunga api. Borong dengan Aten sampai RM7. Aten beli nasi lemak kukus & Sally beli ikan pari bakar. Air? Semua beli Air Kathira Abu Bakar. Sian Nabil, air kathira dia tak original. Next time, aku belanja kau Air Kathira Abu Bakar yang original punya!


Waktu berbuka juga sangat meriah! Biasalah kami. Ketawa tuh tak mungkin boleh dipisahkan. Makan sampai perut senak. Lepas tuh dah susah nak bangun, susah nak solat. Tapi KENE juga. After maghrib tunggu  azan isya’ dan pergi masjid pula. Masjid Sultan Ismail. Kebanjiran foreigner memang tak boleh dibendung lagi. Macam-macam ragam. Mereka bawa anak sekali. Anak dah besar takpe, nie kecik lagi. About 1 to 3 years old. Memang budak lagi lah! Honestly speaking, aku kurang khusyu’ semalam. Bisingnya jangan cakap. Yang menangis, yang main kejar-kejar, yang tarik telekung, yang berbual dan yang ketawa. Tengah sujud, budak langkah kepala korang. Pengalaman! Dan yang best pula, solat terawih semalam dapat berimamkan imam dari negara Palestin. Bacaan ayat Al-Quran beliau sangat merdu. sedap! Alhamdullilah.


Amin Nabil Wany




Ee Acong Kecheq




tepi tuh kaki Shrek, Nada Sally




dan bersama Aten. hah! tuh air Nabil. air kathira tak ori dia :P




perut nak cover je!





Pukul 10 baru habis 8 rakaat terawih + 3 rakaat witir. Dan juga sedikit tazkirah. Balik terus excited nak main bunga api. Seronok! Macam kembali ke zaman budak hingusan. Main bunga api, pusing-pusingkan bunga api, snap-snapping, lompat-lompat, ketawa, ketawa dan ketawa. Paling best, time semua gelabah lari sebab ingatkan pak guard! Berlari semua termasuk lah aku! Haha. credi tuh abang kedai photostat sebelah tuh sebab bagi pinjam lighter. lepas dah puas berseronok, harus pulang ke teratak. Mak dengan abah dah risau. Hantar aten ke rumah beliau, dan aku juga pulang ke rumah dengan selamatnya.


Aten. yang tuh special pose untuk Nabila Aidit ye. *saje bahan kau balik! :D





Wany. tak ada nya main bunga api statik camnie.





hah! nie lah budak bajet kanak-kanak hingusan yang nak main bunga api sangat tuh. semua orang pun terpaksa layan dia.



Amin. dialah yang bertanggungjawab menghidupkan bunga api kami. terima kasih!



Tak berakhir di situ. Amin buat group video call dekat skype. Excited semua orang! Siap snapshot bagai. Aktiviti baru! timeline twitter pun tak laju sangat malam tadi. Sampai pukul 2 kalau tak silap. Semua gara-gara zaim. Skype dia version lama, then time video call gambar dia tak keluar-keluar.  Eh, aku dah start rindu korang! Esok jumpa lagi ye =)


Notakaki : Nur Amin adalah leader bahan orang. Bermula dgn firefly sampai lah credit YES. Kuncu-kuncunya adalah Aten, Kecheq, Ee, Nabil dan mungkin ramai lagi. Terima kasih ya =)

BYE!