Selamat malam semua. Yang kat oversea tuh, kat malaysia tengah malam sekarang nie. haha. harinie telah belajar sesuatu yang sangat useful in my life. haha. ape dia? jeng. jeng. jeng.
Seperti yang dirancang a few days ago, dieorang plan nak pergi belajar keta. bukan kat institut memandu taw, tapi hanyalah padang kawad UTM. bukan padang kawad jugak, tempat parking kereta depan padang kawad tuh. yang nak belajar kereta, adalah insan-insan nie, emma, azwa dan sopee. cikgu memandu tak terlatih mereka pulak adalah qayyum. mereka berjiwa gigih apabila mereka sanggup sewa kereta semata-mata nak belajar. patut dicontohi ye semangat juang mereka ini. haha. selalu nya, orang sewa kereta sebab nak pergi jalan kan? tapi mereka tidak sama sekali.wakakaka.
Aku dengan miza pulak membuat aktiviti sdn bhd kami. dengan berbekalkan motor sopee yang isi minyak nya tinggal separuh, aku suruh miza ajar aku bawak motor. dulu-dulu, masa duduk dekat rumah anem gendut tali kecapi, aku pernah jugak belajar bawak tapi fail, sebab jatuh. time belajar dengan abah pon same, jatuh jugak. banyak kali jugak belajar dengan abah tapi semua nya tidak mendatangkan hasil. tapi, harinie aku BANGKIT untuk buktikan kat dunia yang aku pernah naik basikal. ape kene mengene dengan basikal? kan bawak motor tuh macam bawak basikal. jadi, bila aku tak tahu nak bawak motor seumpama la, aku tak reti bawak basikal. tapi itu semua autaaaaa. sebab aku da berjaya menunggang motorsikal beroda dua. haha.
Dengan semangat yang jitu, tangan menggigil, mulut
nie la cikgu menunggang aku. haha.
kereta belajar memandu.
motor belajar menunggang.
angin kuat kot petang nie.
hebat da aku sekarang. bangga dengan diri sendiri.
go emma go !
cikgu gembira anak murid dia da hebat.
tetibe shenot pon belajar kereta.cikgu dia pali.*ehem-ehem :)
Nanti boleh la belajar merempit pulak lepas nie. ade sesape tak yang nak ajar aku merempit? memang soalan nak mintak kaki nie. malam nie, tak ada keje. duduk dalam bilik sahaja. oh! aku join contest gambar dinner. join jerk. at least bole kumpul sijil disamping menambah pengetahuan. :)
En.boyfie mms berjuta-juta hari nie. haha. *tipuuu.
BYE!