Thursday, February 17, 2011

Busy Semaximas Yang Mungkin

Assalamualaikum =)

Eit! header baru! terima kasih en.qayyum. haha. next time buat lagi ea. haha. tuggu aku kahwin dengan putera raja, nanti aku bagi kau keta sebijik.

Okay, tak boleh update berjela-jela sangat. sebab masa sekarang bukan macam emas jerk. da macam nyawa sendiri rasenye. sampai kadang-kadang tuh da tak tahu lansung nak buat ape, sebab terlampau banyak sangat keje. tapi, tetap syukur, Alhamdullilah sebab all those things masih boleh dilalui dengan a BIG smile. kene kuat!

Next week adalah minggu memerah keringat otak. kenapa? test berderet kot. tak ape. aku memang suka ambik test even tak abes study. pastuh dapat result macam hampeh baru terhegeh-hegeh nak nyesal? oh! tidak! Project sana project sini. memang la tarikh nak kene submit dia lama lagi, tapi kalau tak start dari sekarang bila lagi? tunggu lagi seminggu da nak kene antar baru terkial-kial nak google benda-benda tuh semua? da la tarikh-tarikh nak kene submit tuh da dekat dengan final. kang baru la kelam-kabut sampai nak nangis guling-guling sampai rase tak cukup masa? pastuh presentation pon berlambak-lambak. semua pon nak kene presentation bagai kan?

Meh, aku list kan ea :

TEST YANG COMEL :
  • 21/2/2011 ( Isnin ) - ENGINEERING MATHEMATICS
  • 22/2/2011 ( Selasa ) - DYANMICS
  • 24/2/2011 ( Rabu ) - TITAS
  • 26/2/2011 ( Sabtu ) - MATERIAL SCIENCE
  • 25/2/2011 ( Khamis ) - quiz MATERIAL SCIENCE
PROJECT YANG CUN : 
  • TITAS
  • MATERIAL SCIENCE
  • DYNAMICS
PRESENTATION YANG CANTIK :
  • ENGINEERING MATHS
  • TITAS
Sikit sangat kan kerja kene buat? tuh tak termasuk lagi kerja sampingan. yang tuh tak perlu la di-list-kan. masuk this week, da DUA KALI tak dapat balik rumah. bila teringat, mesti sedar-sedar air mata da bergenang. this week plak, mak dengan abah balik kampung sebab kak siti anak mak ngah bertunang. patut nya time macam nie la nak gather dengan sepupu sepapat. gossipp-ing, laughing, snap gambar banyak-banyak. uish! macam-macam lagi la. selalu dapat those moments tuh time raya jerk. nasib baik ade raya, kalau tak ade raya, tak ade la benda-benda macam tuh semua kan. 

Okay! lets start now!  jangan bertangguh ! masa tak tunggu kau pon. enjoy everyone!
BYE!