Wednesday, March 9, 2011

PEMANDU YANG BERJAYA MELEPASI LESEN P

Assalamualaikum =)
Dengan bangganya nak bagitahu tadi ponteng koQ. Ponteng berjemaah bersama azwa dan miza. J
Bukan tuh yang nak bagitahu sebenarnya. Ade perkara yang lebih Berjaya lagi nak bagitahu nie. Pssst ! aku bukan budak yang ade lessen P lagi. Sedikit berlagak di situ. Terima kasih J

Tarikh mati lessen P patutnye esok, tapi sebab esok dan hari-hari yang akan mendatang akan menjadi hari-hari yang lebih busy, so, aku pon decide nak pergi tukar lessen hari nie. Abes class, pergi meeting IEC kejap, pastuh terus g JPJ. Perjalanan berjalan lancar even hujan lebat. Alhamdullilah. Dan paling lancar selancar-lancar nya adalah kerana langsung tak sesat! Kiranya peng’redahan’ kali ini juga Berjaya. Haha.

Sampai kat JPJ terus pergi tempat renem lessen tuh. Ambik nombpr giliran, bla, bla, bla. Macam biase la kan, macam system kat bank tuh. Ambik nombor, tunggu kejap then sampai turn kite, pergilah kaunter yang disuruh oleh papan nombor tuh. Paham x? Haha. Tak ramai orang pon, jadik taka de la tunggu lama sangat. Syukur !

Ha! Nak cerita nie, tak semua kakitangan kerajaan tuh sama. Kenapa? Sebab kan, mengikut experience idop yang akan menjangkau usia 20 tahun, kakitangan kerajaan suka treat orang macam orang tuh tak ade perasaan. Aku yakin yang bukan aku sorang jerk yang keluar kan statement camnie. Tak payah nak bagi contoh jauh-jauh, dalam UTM nie pon berlambak-lambak. Tapi tuh la pasal, bukan semua kakitangan kerajaan camtuh.

Kenapa dieorang treat public camtuh eak? 1st mungkin sebab hormon mereka tak stabil kot. Nie bukan saje ditujukan khas untuk staf perempuan jerk, sekarang nie, dengan staf-staf lelaki pon da de musim yang hormon dieorang tak stabil. 2nd, mungkin sebab mereka da penat bekerja. Yela kan, dieorang start keje awal pagi, nak laying pon bukan sorang dua, berpuluh-puluh. Tapi, tak boleh jugak bagi reason camtuh. Hello! Tuh kan da tanggungjawab kau, jadik nak tak nak, kau kene la buat keje tuh elok-elok. Atau dengan erti kata nama lain, boleh tak buat kerja tuh dengan IKHLAS, pastuh tolong SENYUM bole?

Sebab dah banyak kali aku dapat NICE TREATMENT camtuh jadik terus perpesi aku kat semua kakitangan kerajaan jadik sama jerk. Jadik, mintak maaf ye kepada mereka yang tak terlibat secara lansung ataupun tak lansung.  Kenapa tetibe nak cerita pasal nie? Sebab kakak yang treat aku kat JPJ tadi punyelah baik! Pheeeewwwwwiiiiiiittttt. Kalau nak rate dia, aku bagi 9 out of 10. Da la cantik! Lemah lembut, peramah, sweet jerk! Haha. Terima kasih akak tudung merah! Tak tahu plak name dia, tapi dia incharge kaunter 3. J

Kan best kalau semua orang macam dia. Tapi tak pelah, aku paham. Dieorang penat buat kerja. Dan aku? Ade aku kesah? Lantak awak la, janji awak kerja yang awak buat tuh betul. Tak nyusahkan aku pon da cukup baik. Tapi sakit ati tuh tetap ade! Jangan risau, saya marah kejap jerk :D jap2. Tapi kana de rase macam nak bagi pelempang jerk kat dieorang yang tengking-tengking orang tua. Contoh macam time mane-mane pakcik ke makcik ke atuk ke nenek ke salah isi boring ke, tak beratur ke, Tanya soalan banyak-banyak. Da la kene marah kuat-kuat depan orang ramai plak tuh. Weh! Warga emas tuh pon ade perasaan jugak! Pikirla, esok kau da tua, orang buat camtuh kat kau, ape perasaan kau? Tak pe, dunia sekarang Tuhan bayar cash, jadik, what goes around will come around ye.



tengok la ke-level-an wajah-wajah di atas. :D





Balik dari JPJ kiteorang melancong melencong. Aku la beria ajak dieorang serbu tutti frutti. Terima kasih sahabat! Sebab tolong layankan kehendak budak comel gedik ini. 1st time makan tutti frutti. Dia ala-ala macam baskin robbin jugak Cuma kat sini konsep dia lain sikit sebab dia ade topping variety of fruits! Try la. Harga dia depends pada brape berat korang ambik. Kirenya lagi berat lagi mahal la kan. 10g = RM0.53. hambik kau! Mahal nak mampos. Tak ape la, sekali sekala. Tunggu kiteorang berduit nanti kiteorang datang lagi ea.  Kenapa tunggu berduit? Sebab total ice-cream kiteorang ambik tadi, RM30++. Bole makan untuk 3 hari kot. Haha. Lagi satu system dia pon macam nice jerk. Sebab semua self-service. 1st step : ambik cup. Ade 3 size, small, medium, large. Kiteorang ambik yang kecik jerk tadi. Haha. 2nd step : ambik ice cream tuh ikot la flavour . macam –macam flavour ade. Pilih sajeeee. 3rd step : topping-topping time. Banyak gilos buah dia. Semua sedap! 4th step : last skali timbang dan bayar dengan hati yang girang :) selamat mencuba! Ke da cuba, aku jerk yang jakun?






mereka la yang terpaksa mengikut kerenah si budak comot itu :)








minah jakun tanye, " cantik tak baju? "








tuh la hasil RM30++ kiteorang. T___T



okay,nak pergi meeting. BYE!
*makan tutti frutti tuh terus teringat anem senget!