Monday, August 15, 2011

Salam Perantau.

Assalamualaikum =)

Puasa kat tempat orang tak kan sama puasa di tempat sendiri. tapi tuh la life. kalau asyik buat benda yang sama je, tak boring ke? atleast korang boleh belajar something yang baru. tak adalah kat takuk yang sama je. bukan love je subjektif. life tuh pun subjective. dah. tak nak mengarut!


1.Sekolah Menengah Teknik Muar.


kawan sekepala.




nie roomate time form 4.



First time merantau nie. tak silap, time first puasa tuh dapat balik kot. so, celebrate first puasa kat rumah. and the next day, dah kene balik hostel. meraung lah. meraung guling-guling. haha. tapi digigihkan juga diri nie, so, berjaya lah menghabiskan sisa-sisa puasa kat sini. berbuka puasa ramai-ramai kat DM (dewan makan) aspura kat depan, aspuri kat belakang. azan je, ketua kerohanian baca doa, pastuh berebut minum air. ada mini bazaar kat belakang DM tuh. senior jugak yang jual. dieorang rajin! hari-hari beli. sebab bosan dengan makanan DM. sebab dah tahu menu apa esok, lusa, tulat, minggu depan. =______= lepas buka, pergi surau, wajib solat maghrib berjemaah, mengaji, Isya'' berjemaah dan terawih. sampai pukul 9 lebih baru masuk prep.

Sebab dah boring makan kat DM sebab sesak sangat, ramai orang kan, aku dengan membe aku, buat keje gila, kiteorang berlakon bua-buat sakit, then stay bilik sakit. exco kesihatan, bawakkan makanan untuk kiteorang. best tuh. bed break fast! then, dapat excuse dari senior tak payah solat terawih. solat maghrib dengan isya' pun tak payah berjemaah. nasib tak kantoi! aku memang nakal dulu. :)

Time form 5, dah start stay rumah hanim, so, the whole bulan ramadahan tuh buka dengan family hanim. tumpang kasih sayang family hanim. haha. nasib baik ada orang nak bagi tumpang! teringat time pergi bazaar depan sekolah tuh dengan hanim. borong banyak-banyak, dengan pakai baju sekolah nya. kiteorang redah je! balik rumah, baju sekolah bau asap ayam golek! ouh! ayam kfc tak ori! dulu ada makcik tuh bukak gerai kecik je depan jpj tepi jalan. tapi customer dia beratur ramai gilos. ayam kfc dia sepurb marvellous. aku dengan hanim adalah regular customer makcik tuh tau :) tak tahu lah sekarang ada lagi ke tak. kene tanya orang muar nie.



2.Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.




nie roommate. tiqa dengan mai. lagi sorang aini. tapi mai dengan aini pergi maktab. so, tinggal lah aku berdua dengan tiqa. bilik kiteorang terus jadik banglo! :)





bebudak aras! boleh masuk metro ruang salam perantauan tak? 





roomate : tiqa :)





buka puasa dengan budak aras kat cafe. time nie lah baru semua dapat duduk semeja tapi tak sekerusi.





hye twinie. rindu kau!



Bertempat di Kuala Pilah. First time merantau luar Johor Bahru. Seronok dan banyak benda baru yang aku belajar kat situ. Termasuk lah belajar berpuasa jauh dari keluarga. Tapi kat sana ramai kawan-kawan. Jadi keseronokan berpuasa kat sana tetap dapat dirasa walaupun jauh dari family tersayang. Tak silap aku,  class still berjalan macam biasa walaupun bulan Ramadhan. Dari dewan kuliah, nak ke bilik, sangat lah menguji kesabaran. Lagi-lagi kalau panas terik. Haus! Sebab struktur bumi kat situ adalah berbukit. Bukan calang-calang bukit, okay? Nie bukit yang ala ala Batu Caves. Agak agak kau nak practise before pergi sana, boleh lah try dulu kat KMNS eh.


Kat sana ada bazaar jugak. Kat tapak apa entah. Depan blok budak lelaki. Banyak makanan yang dijual. Kalau dah jemu makan kat cafe, boleh la korang pergi bazaar. Memang meriah! Atleast kiteorang dapat jugak merasa ala ala outing gitu. Haha. berbuka puasa bersama roommate dan budak aras adalah acara kemuncak. Berkumpul kat mana-mana bilik, duduk bersila kat lantai ramai-ramai, bentang surat khabar dan mengadap makanan yang sangat banyak. Well, nafsu makan semasa puasa. Itu normal. Bertukar-tukar makanan juga tradisi kami. Dari bilik ke bilik. Ouh! meriah.


Waktu sahur pula, semua pun semangat nak bangun sahur. Dan its normal too, on the early bulan ramadhan je semua semangat nak bangun. Dah lama lama, semua liat. Haha. waktu sahur tak ada bazaar okay. Tapi cafe tetap buka. So, kiteorang sahur di cafe je. Menu yang selalu aku makan time sahur, nasi goreng dan sardin! Marvellous! Air pulah tak teh tarik takpun teh o suam. Selalu rajin turun cafe dengan roommate lah. Kalau kiteorang rajin, kiteorang pergi surau. Solat subuh berjemaah sekali. :)



3.Universiti Teknologi Malaysia.




sebab entry pasal puasa, aku cari gambar yang semua pakai baju kurung. eh eh, hijau! :)






last puasa, sempat juga buka puasa dengan dieorang. aku dengan eda pergi bilik ecah kat ktr.





buka di MCD bersama miza dan.....






azwa dan emma senget :P



Nie tak payah nak perantau sangat lah kan. Weekdays je buka puasa di kolej atau di bilik gegar. Weekends wajib lah balik rumah untuk buka dengan family. Kat sini lagi meriah bazaar dia. Berlambak-lambak. Tapi aku paling rajin pergi bazaar depan FAB tuh je. Time puasa nie, bersamaan dengan hari test shot unit studio untuk kovo yang ke-45. So, boleh dikatakan hari-hari buka dengan bebudak kelab. Pergi bazaar sama-sama, beli makanan sama-sama, makan bersila reramai di bilik gegar. Main tukar tukar air dan kuih. Lepas tuh pergi terawih dekat MSI. Time nie aku selalu pergi dengan Ed Ashikin. Balik dari terawih terus test shot.


Buka puasa dengan budak course pun ada jugak. Tapi mostly dengan budak perempuan je lah. Aku, emma, azwa dan miza. Beli makanan kat cafe, bawak naik atas, makan dekat depan bilik. Meriah kot, even kami berempat. Kiteorang ada jugak pergi bazaar sama-sama. Tapi jarang. Sebab macam leceh, kene naik bus bagai. Time tuh tak ada drebar lagi. Haha.


Konklusinya, even jauh di ‘perantauan’, jauh dengan family, tapi puasa tetap kene puasa ye. Sahabat-sahabat juga family kita. Family kedua! :) kenangan tuh semua tak mungkin lah aku delete. Golden experience tuh. Tak boleh beli kat mana-mana. Kat bazaar pun tak mungkin ada jual. This year dapat puasa di rumah. So, dapat berbuka puasa dengan mak, abah & family puas, sepuas-puasnya. Besides, ada jugak buka dengan family kedua. Next year, kalau dipanjangkan umur, dapat lah jumpa bulan Ramadhan lagi. InsyaAllah. Time tuh tak tahu lagi buka kat mana. Wait and see!







3 comments: