23 july 2011 sampai 27 july 2011. KFK's Family berada di bumi SABAH BORNEO. Yeay! cerita basi lagi. haha. tak apa. kalau rasa dah basi, tak payah baca. aku tulis sebab my brain cant keep on remember those things happened in a good way. so, kat sini lah benchmark aku nak tulis semua yang pernah aku buat, yang pernah aku fikir dan yang pernah aku go through dalam life aku. dah, jangan banyak mengarut. lets the pictures story. aku tambah sikit-sikit jerk eh. sebab mood nak update belog masih tak ada. mungkin tercicir kat sabah. :D
note : before pergi sabah nie, abah demam teruk. dengan alahan sebab salah makan ubat lagi. mata abah bengkak sangat. rasa macam tak nak pergi jerk sebab risaukan abah. plus tak sampai hati nak tinggalkan mak dengan abah berdua jerk dekat rumah. tapi uda dengan kak long dah bagi support, then dieorang cakap tak apa, nanti dieorang datang tengok mak abah.
dekat depan FAB tunggu bus UTM before pergi airport senai. kemain semua muka excited kan?
nur amin, nor nabihah & norhafizah. dan semua dilimpahi Nur. :) semua memakai baju colour merah. mungkin jodoh kami tuh yang terus dapat seat satu row.
Kemeriahan dalam flight time pergi tuh memang tak disangkal lagi. kami terlebih excited especially aku. sebab aku 1st time naik flight weh! 20 tahun hidup, then nie baru dapat jejak kaki dalam kapal terbang. Alhamdullilah. aku ingat pesan nabila aidit ( should be panggil nabil jugak, tapi takut ada orang lain terasa :P ). dia kata camnie, "biha, aku pon 1st time naik flight nie, tapi kita jangan batak sangat taw!" dan kami berjaya control level ke-jakunan kami. satu lagi, time stewardess tuh showed us guide line if emergency case happened, spark gelakkan dia kuat-kuat. apelagi, yang lain pon bantai gelak la. kesian akak tuh.
kiteorang excited order makanan dalam flight weh!
Sampai dekat airport kota kinabalu, ada bas dah ready nak bawak kiteorang pergi tempat penginapan. dekat area UMS jugak. nama tempat tuh kingfisher UMS. pengarah sewa 4 buah rumah. 2 untuk lelaki & 2 untuk perempuan. hah! tragedi anjing liar tak kan aku lupa. kesian wany sampai kene samak kasut. and when refreshing my brain, suddenly thinking back the anjing liar boleh gelak guling-guling! :D
yeay! itu teratak kami. housemate time tuh, sally, affey, ana, pain, pia & ayong. ye, aku sorang junior! mereka senior tapi tetap satu kepala! ketawa tak hengat dunia lagi-lagi part superhero affey blaster (SAB).
aktiviti pertama : sekitar The Waterfront & Night Market. owh! itu ahli kumpulan. fareezkakibuli (purple) sebagai fasi dan kecheqkakibuli2 (putih). pakai jersey malaysia sebab malam tuh game malaysia lawan singapura. malaysia kalah, aku kene bahan dengan budak kelab. fine! =____=
#1group photo.
aktiviti kedua : masih lagi di sekitar The waterfront. yang berbeze hanya malam dan siang jerk. tapi kali nie, kiteorang pergi area kedai-kedai. semalam tuh, kiteorang duduk tengah jalan jerk.
mungkin ini #2group photo. mini group photo. haha.
19 = 6 7 6
Dan ketika ini jugak lah, sign aku nak kene demam. dah start bersin-bersin. tengok lah cuaca kat sana. superb panas terik! sebab aku sayang UTM, time jalan-jalan kat sini, aku pakai payung UTM =)
aktiviti ketiga : makan time. makanan sedap, yummy! harga? hambek kau. mahal nak mampos! tapi sebab dah lapar kan? redah jerk la. sekali lunch RM10 okay!
#3 group photo di Double Six Monument. nampak tugu tuh? tuh la tugu peringatan. kalau tak silap, kat sini ada, kapal terbang terhempas & yang ada dalam flight time tuh adalah menteri-menteri. mereka meninggal kat sini. *kalau tak silap lah.
aktiviti keempat : solat di City Mosque
*comel kan gambar nie? kalau tak silap time nie, camera wany nak jatuh, pastuh sally excited nak tolong selamatkan. then, semua orang tengok dieorang. so kat sini wany + sally adalah main focus!
#4group photo.
aktiviti kelima : assignment pertama di Wetland City and Bird Park. group aku join dengan group fahim (fasi) qayyum & pija. time nie tengah pembikinan assignment lah. sangat menguji kesabaran ketika ini sebab aku dah start kene flu yang agak melampau. plus flash canon buat hal. tak detect jerk!
#5 group photo. fine, muka blend dengan colour tudung sebab duduk dekat dengan flash!
nie gambar fareez dan pasti itu juga TAPAK KAKI fareez.
aktiviti keenam di Tanjung Aru.
bersama team-mate. kecheq! gigih nak snap gambar sunset dengan hidung yang tanpa letih mengeluarkan cecair. di tangan sentiasa bertemankan tisu.
tengok! semua semangat nak snap sunset kan?
group 5 : fareez biha kecheq
habis gedik dah aku lompat tuh. =_____=
aku suka, sebab aku sorang jerk tinggi!
plan nak buat LOVE, hah! terima lah LOVE dari kami. LOVE bocor mungkin.
aktiviti ketujuh di Perdana Park.
night painting. terima kasih kecheq! aku tak reti tulis, nanti hasil nya jadik tulisan cina. paham?
#6 group photo. maaf. aku tak reti nak buang bayang-bayang belakang tuh.
guard kat sini tak mahu co-operate dengann kiteorang. request bukak lampu kat board perdana park belakang tuh, dia tak bagi. sedih!
aktiviti kelapan di Monsopiad Cultural Village. kiteorang dapat banyak info pasal tradisi orang monsopiad kat sini. dari zaman purba dieorang, adat-adat, pantang larang, semua lah. owh! ya, itu gambar ulat sagu yang dimakan oleh hero-hero KFK. antaranya, amin, mad, fahim & shrek. yang heroin aku tak pasti pulak. rasa macam tak ada. dieorang yang makan cakap, rasa macam air kelapa. aku tengok pon dah rasa loya. hero KFK memang hebat!
tuh la one of our hero. nur amin! dia orang 1st yang makan ulat sagu nie. dia cakap, susah nak datang sabah, so kene lah gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. gambar yang bawah tuh pulak gambar ulat tuh sebelum & selepas di makan. kepala dia tak boleh makan. keras katanya. GOOD JOB. korang memang AWESOME!
hah! tuh dia hero sumpit malaya.
game nie pon aku tak try sebab moody. sakit! tengok jerk lah dieorang main.
yang bag pink tuh jakun! puas kecheq explain pasal tempat tumbuk padi tuh.
qayyum, spark, ed & philo try dance nie. dua orang lagi tuh aku tak kenal. students dari JB jugak. buat lawatan kat sini.
#7 group photo. semua budak lelaki gatal dengan girls dancer tuh. dasar lelaki! haha.
semua ada bakat nak replace dancer tuh EXCEPT AKU!
Then, kiteorang bergerak menuju ke Lok Kawi Wild Life Park. setelah digodam, masih belum bertemu gambar-gambar disana. mungkin tercicir masa sort all the pictures tuh. sorry ya. tiada tatapan. haha. kat sini best! ada banyak binatang. tak macam zoo johor tuh =______= yang paling interesting time animals show! terhibur seketika. yang paling aku ingat adalah, moglie. he is orang utan yang sangat comel plus bijak! *mana aku tahu dia 'he'? aku hentam!
Malam tuh pulak kiteorang pergi Tanjung Aru lagi. this time kiteorang buat assignment lagi. dua assignment, satu advertising photography & superhero. juga tiada gambar untuk ditempekkan di sini. harap maklum.
The next day was the second last day kiteorang kat sabah. semua sedih. dengan aku-aku pon sedih. berat hati nak tinggalkan sabah. already falling in love dengan sabah! nasib tak jumpa jodoh dekat sabah. :D
pagi tuh, kiteorang pergi Aquarium and Marine Museum. that place looks likecommon aquaria. paling best dapat tengok seahorse! comel! ada ikan colour biru, amin cakap nama dia Johnny. :D then, bergerak ke Masjid Bandaraya untuk solat. dan bergegas ke Art Gallery dan Sabah State Museum. dekat sini pulak kiteorang still ada lagi satu assignment. paling best kat sini, ada jambatan gantung! tapi tak extreme sangat. gayat pon sikit. ecey! berlagak kau! malam tuh pulak ada presentation by group. our group make a great job! out of 4 assignments tuh, kiteorang juara untuk 2 assignments! terima kasih abag fasi! tahniah juga pada group's members. dieorang sebenarnya yang banyak buat kerja. aku tolong sikit-sikit jerk. baru nak tolong dah bersin-bersin, sok sek sok sek. orang pon rimas jerk!
during the preparation untuk menjuangkan gambar kami! ada ke menjuang? bantai!
Malam tuh kene packing-packing. sedih! tak nak balik semenanjung rasanya. tapi tetap kene balik! haha. then, last day tuh pagi-pagi lagi kiteorang dah bergerak ke USM, pihak MT settlekan semua urusan. and, shopping time! can you imagine shopping with limited time? terseksa okay untuk para pe-shopping tegar macam aku nie. 1 jam setengah tuh aku rasa macam 1minit 30 saat. :D macam explorace pon ada jugak. semua lari sana lari sini. grab mana yang sempat jerk. part bargain yang paling best! bila kitaorang ramai-ramai bargain kat akak & abang yang jual tuh, terus dieorang ON saja dgn harga yang kiteorang request tuh. :D
di Airport Kota Kinabalu
WARNING : sila abaikan si pipi tembam tuh ya!
mereka lah peneman saya ketika pulang. part kak farah ambik gambar dengan dafi tuh juga one of the great moments! never forget okay. :D
Selamat sampai di Airport senai around 6pm. last note : tak tahu nak describe macam mana. yang pasti, memories nie tak akan aku delete sampai aku mati! dieorang being my second family. and surely, i cant live without them. one more, terima kasih kepada semua yang really do care time aku demam kat sana, berusaha mencari panadol di semua 7-11, more importants, aku happy dengan korang.
BYE!
yehhh itu diaa cerita sabah dia. ngehehe
ReplyDeleteini boleh buat smueorang rindu sabah lagi nih! :)
nais!
mne dpt gmbr group photo?? ahhh. xaciii ;/
pja tgh tunggu2 gmbr group poto keluar, bru nk hapdet.bialah cite dah basi ponggg. ahaha ;p
eh, nnt nk curi sket gmbr eh? nk jgk nk jgk! oke thnks! hhaa :P
Bestnya! :)
ReplyDeletemeriah nyer ;D semoga apa yg korg dpt masa praktikal tu akan dipraktikkan sampai bila2 :)
ReplyDeletenak itotttt
ReplyDeletemane anjing?hahaha...
ReplyDeletegreat praktikal..serius.. =)
UMS lah bukan USM. Hehe
ReplyDeletehehe..gmbr aq ade la....dlm group photo tp...
ReplyDelete