Assalamualaikum =)
Dulu da update baik punya details. tapi sebab da berzaman simpan dalam drafts, idea semua lari. mungkin jugak tertinggal kat sabah. haha. this time, plan aku dengan twinie berjaya. Alhamdullilah. dapat jumpa dia balik setelah sekian lama berpisah. sorang study kat utara, sorang study kat selatan. tapi dua-dua tetap maintain twinie! haha.
Sampai kat Klang, qila datang dengan mak dia. punya la kiteorang excited. sampai kiteorang jerit serentak time dah jumpa tuh. memang semua orang dekat area situ terkejut. sory! terus peluk qila. haha. almost setahun kot kiteorang tak jumpa. terus beli ticket balik JB. then ikut mak qila pergi jumpa customer mak dia. malam plak, after maghrib, kiteorang keluar tengok movie. cerita mr popper's penguins! rate : 5 out of 5. best gilos! kiteorang ambik couple seat time nie. memang selesa habis la kan. siap dua-dua bersila, pastuh ketawa kuat-kuat, to next couple yang seat behind of us, sorry a lot! kiteorang memang crazy mazy esp time ketawa!
The next day, training session! sebenar nya, game arsenal vs malaysia jugak one of the reason why aku datang KL. lepas lunch, kiteorang terus keluar. qila drive. superb driving! cool jerk :) credit too fee jugak for her training session pass. da sampai kat stadium bukit jalil tuh, memang jammed teruk la. then, kiteorang decide untuk park kereta tepi jalan depan main entrance stadium tuh. memang time tuh da tak pikir ape daa. excited betul. haha. time tuh orang da ramai la. kiteorang terus masuk, carik fikri dengan membe-membe qila. selamat berkenalan everyone :)
ex- KMNS
twinie : qiladin.
kawan qila & fikri. * budak hebat nie, USM.
nampak wilshere? <3
happy.
After habis training session, terus pergi makan dekat area shah alam. kedai mamak ape ntah nama dia. aku da lupa. pastuh qila bawak aku pergi i-city. jejalan. pastuh in the same time make it friends with strangers. its starting bila dieorang mintak tolong snap kan gambar dieorang. pastuh tukar-tukar. turn kiteorang pulak suruh dieorang snap kan gambar. pastuh jejalan same-same, sampai masuk tengok binatang-binatang tuh. now, we are friends sampai la kat FB.
next time nak datang lagi!
muka memang tak sama, tapi kami tetap twins.
then, malam tuh kitoerang stalk fb orang! pukul 4am baru tido. next......
Hari Khamis pagi, ambik fee BFF qila, sebab dia pon join nak tengok bola nanti. aku ngada-ngada pagi nie sebab request kat qila nak breakfast kat mana-mana kopitiam. lepas ambik fee, kopitiam yg kiteorang nak breakfast tuh xbukak lagi, so, terus decide nak jalan pagi-pagi kat taman area situ jugak. kat taman tuh, kiteorang main buai, do some conversation. esp about BERSIH. and some politic issues sikit. fee banyak idea. well, budak UM kan? haha. after breakfast, balik rumah. continue tidur. after zuhur, luch, terus bergerak menuju ke Stadium. alhamdullilah, dapat parking. plan nak park kereta dekat stadium, then jalan-jalan naik train. tapi bila da sampai kat sana, tengok orang dah ramai gila. macam game nak start 1 hour lagi. sedangkan time tuh baru pukul 4 lebih, game start pukul 8lebih. terus cancel jalan-jalan naik train tuh. stay kat stadium, jalan-jalan, usha jersey, carik mafla, carik sticker. solat asar, tunggu fikri and the gang, terus masuk stadium :)
tumpang posing jerk. beli nya tidak pon.
terima kasih fikri for the photo.
terima kasih abg photographer for the picture too.
mini reunion KMNS.
kipas-susah-mati-arsenal.
USM students. next time jumpa lagi :)
dia juga ke tempat yang sama even dia bukan die-hard-fan-arsenal.
Malam tuh jugak sempat grab jersey arsenal yang baru. nanti da ade gambar, aku tayang kat sini ea? haha. after dapat keluar dari stadium tuh, terus pergi makan. lapar gila that time. sebab last kiteorang makan time lunch tuh jerk la. then, da jerit-jerit, bergambar sakan. makan pon lupa. kesian perut!
Next day. seperti biasa, after lunch baru keluar menuju ke alamanda. qila dengan fee da booked movie HP, tapi aku tak join sebab aku tak follow cerita tuh. so, aku decide tengok cerita lain. aku tengok cerita tolong awek aku pontianak. nasib baik best! tapi tetap 3 out of 5. haha. sorry daim! lepas solat asar, kiteorang gerak pergi pesta bunga pulak. tapi sayang, kiteorang datang da lewat. so, dapat jalan-jalan kejap jerk.
credit to fee.
aku gedik.
terima kasih akak yang berdiri depan tuh sebab tolong ambikkan gambar.
LOVE.
bunga ape nie?
perasan!
twinie ever!
Kiteorang singgah kat masjid besi untuk solat maghrib. then sempat jugak baca yassin kat situ sementara tunggu isya'. lepastuh makan. before makan tuh, ade tragedi parking! qila, take note. haha. lepas makan, hantar fee balik rumah dia. then, malam tuh pillow talk bersama qila sampai ke subuh. we shared everythings!.
Esoknya dah kene pergi rumah abang ngah. parents qila tolong hantarkan. sampai la hari ahad petang da kene balik JB pulak. untuk preparation ke sabah. otw balik tuh, tayar bus pulak buat hal. meletup kat tengah jalan. its scared me, okay. sebab seat aku betul2 atas tayar yang pecah tuh. kene tunggu another bus tumpangkan kiteorang. should be sampai pukul 9, tapi aku sampai jb malam tuh pukul 1pagi! experience again!
he is only my BROTHER.
fina dan kak ngah.
bersama Nurul Farah Aqilah & Nurul Afrina Aliya.
Next time, qila dgn fee pulak kene turun jB, even xada pape kat Jb nie. haha. to qila : thanx for everythings. thanx jugak sebab sanggup layan kerenah aku. thanx jugak for the novel. rasa macam banyak gila susahkan kau. next time, kau datang Jb aku redeem balik ea? =)
Dah penat weh! BYE.