Saturday, May 28, 2011

Super Duper Tired tapi Gembira

Assalamualaikum =)


Kalau kelmarin hari tak productive kan? Semalam, hambik kau. Terlebih productive ! Officially office kfk kene pindah. Dari SUB ke Arkid Meranti. Sebab bangunan SUB tuh nak dijadikan bangunan HEMA sepenuhnya. Jadik semua yang ade kat SUB tuh kene pindah.  Memang silap besar la HEMA decide benda nie bila da start cuti sem. Bila semua budak da balik kampong halaman, baru nak bagitahu? Pastuh sure la yang tinggal brape kerat jerk untuk tolong angkat barang-barang tuh kan. Insan yang bertuah semalam adalah, makmal,shrek,acong,afiq,ajim, pacak, pia, ayong, philo,pain, dan AKU. Terlebih satu out of 10, maknenye 11 orang tuh la yang pindah kan barang-barang yang super duper banyak.


Kiteorang request lori dari pejabat harta bina. Satu lori tuh memang kiteorang guna sehabis baik. Haha. Total lori digunakan sehabis baik adalah 3 trip. Penat nye, ya Allah. Tak tahu nak describe camne. Memang aku rase aku da kerah  habis semua energy dalam badan nie. Kalau tengok budak laki, memang kesian sangat. Mandi peluh, kaki tangan melecet. Yang perempuan plak,  memang macam da nak collapse, sakit satu badan. Tapi, kiteorang tetap enjoy! Even penat-penat tuh pon kiteorang still boleh ketawa-ketawa.  Pain la paling teruk. Sampai tak boleh angkat barang da sebab ketawa. Pastuh satu moment nie, memang aku pon ketawa guling-guling.


ACONG : aku da tak larat nak angkat barang-barang nie.

SHREK : kau angkat jerk guna perut kau.

ACONG : perut aku tak macam perut kau.


Memang sangat la tak betul dyeorang nie. Kalau bukan budak kelab baca, mesti tak paham kenapa benda nie bole buat kiteorang ketawa. Pastuh Acong cakap, selama dia hidup, tak pernah dia angkat barang-barang banyak camnie. It same goes to me, memang dari kecik tak pernah ade experiences pindah-pindah rumah, so, it become my first time. So, aku bersyukur sebab at last aku dapat jugak merasa angkat-angkat barang macam pindah umah. Tapi macam impossible la kalau pindah rumah barang banyak macam nie. Kalau rumah double bungalow yela kot. Salah-salah triple bungalow kot!


Reward untuk badan yang penat adalah pizza hut. Presiden kelab kate on saje, so, balik kejap. Aku tumpang mandi dengan solat dekat rumah kak long, pastuh balik kelab balik semata-mata sebab pizza free! Haha. Terkutuk gila perangai. Da la aku tak reti makan pizza. So, noob sikit. Bukan sikit, banyak! Aku makan 1slice jerk.
































End up, satu badan sakit. macam nak demam pon ade. Rase nak pergi giant, untuk mendapatkan  perkhidmatan kerusi urut ogawa tuh la.

Sampai rumah terus solat, update status FB kejap, terus tido. terbangun pukul 5 pagi. dan tido balik. haha.

Harinie jugak ade birthday party my nephews. yang twin tuh. kene gagahkan jugak badan yang sakit nie pergi.

BYE!

Friday, May 27, 2011

Hari Tidur Sedunia.

Assalamualaikum =)

Actually, dari semalam lagi dah puas tidur. tapi last nite, time tengah layan movie pon boleh terlelap. end up. terus tutup lappy dan tido.

Bangun pukul 6.45, solat subuh dan tidur balik. mula-mula nak baring- baring jerk. tapi terus tertido. bangun balik pukul 9.00. mandi,basuh baju, kemas rumah sikit-sikit, sidai baju.

Around 12 baru breakfast. lipat baju ( nie baju semalam, bukan baju yang tadi ), tengok movie korea, tertido lagi. bangun balik pukul 2.00, makan, solat, sambung tengok movie, tertido balik.

Bangun balik da pukul 6, solat, makan biskut,

Mandi, tengok berita, tengok tb, on9 kejap, blogwalking, update post nie, nie da mengantuk balik. plan kejap lagi, tengok movie sampai tertido.

Tengok la, berapa tak productive nya aku arinie? kecewa =______=

Esok nak bangun pagi, nak pergi UTM. tak nak duduk umah. nak jalan-jalan.

Aku tengah bosan. nak update ape pon tak tahu, tuh yang merepek camnie,

En. boyfie, get well soon, dear!

BYE !

Thursday, May 26, 2011

Short Sem.

Assalamualaikum =)

Short sem tuh semester pendek la. haha. refer to what i mentioned before, kami, first year mechanical's students compulsory to take this short sem. memang berat hati la kan. mane tak nye, orang lain semua heaven holidays 4 bulan. kiteorang kene stay UTM.

Class tak ade la packed sangat. pastuh tak ade final exam. just attend the all classes, then da lulus da. nak dapat A kene la submit report. so far, report smue by group. senior ade jugak bagi soft copy report dyeorang yang dulu-dulu. tapi mostly banyak yang tak same. modul da lain. end up kiteorang copy paste dari internet jerk la. haha. okay la tuh kan. dari tak ada lansung. haha.

First Day

Class : Instrumentation

Class should be pukul 9am. tapi 1st day kan, semua budak tak tahu class kat mane. bersepah semua students dekat lab. haha. tanye technician pon ade yang tak tahu =_____= last-last jumpa jugak. 1st class da sesat. mane tak nye, class tuh kat area FKE. da sampai kat tempat tuh pon still sesat lagi. sebab tak tahu kat mane bilik tuh. budak laki ajak round-round, pastuh ntah camne ntah bole jumpa.

Kat class nie banyak belajar pasal component-compenent dengan system dekat industri. dapat lecturer best. lawak! his name going same with abah. ABD RAHIM. sangat sporting, funny !




aku panggil robot kat belakang tuh bumblebee. ala, bumblebee transformer tuh. haha.





owh, setelah sekian lama tak jumpa. peluk puas2. ;)




ha, baru teringat. class time nie dekat aeronautic's lab. ngelat tak nak kene panas. haha.





tapi kami bukan students aero pon. 




Class abes awal. kan sepatutnya 1hari setengah kan, tapi lecturer tuh buat satu session jerk. report pon simple jerk.

Second Day

Hari nie cuti sekolah. haha. patutnye petang ade class. tapi technician yang guide kiteorang ade kursus.

Third Day 

Class : CNC Turning ( Lathe )

Harinie class packed. dari pagi sampai petang. penat gilos. sampai aku pening-pening. plus cuaca panas sangat. plus lagi belajar coding bagai memang sesak otak aku. haha. mula-mula belajar theory lepas tuh buat satu latihan, petang tuh da dapat assignment. uish! aku bukan genius la. loading tak habis-habis sampai abes class. haha.



nie la coding bagai tuh.

Balik rumah terus tido sampai maghrib. pening kepala continous sampai malam.

Forth Day

Class : Foundation

Forth day tuh arinie la. haha. pagi tadi hujan lebat, datang UTM pon lambat. nasib baik class start 9 lebih. technician arinie la paling sempoi. ntah ape ntah name dia, aku lupa. siap ade ice breaking session bagai la pulak. bajet senang nak bagi markah. hello, kiteorang da knal-knal kan name pon, dia still pnggil kiteorang camnie, " ha, yg bju merah tuh, angkat pasir, org kmpung aku hentak kuat skit, yg pkai spec tuh tolong nie, yang duduk taman gembira tuh tak sarapan pagi ke? " baik tak payah ice breaking session camtuh.

Rasenye arinie la baru betul-betul sotsem. haha, sebab kiteorang dapat main coal dust, main hentak-hentak. habis satu tangan hitam plus kasar-kasar. baju semua pon itam. tapi really enjoy it. that we called experienced.



nie la coal dust tuh.





group kiteorang buat gitar. group lagi satu buat ape ntah name dia. kayu yang diukir menjadi kapal terbang. so,pepandai la korang bagi name kat benda alah tuh ea.





budak laki group aku. 
mail,fuad,hanif




serabai gila muka aku. muka da penat sangat.
muka miza maintain
emma sibuk ambik gambar report senior.




nie group lagi satu tuh.
salah,pali,wan,syafiq,along,azwa.



Esok tak ade class! continue balik hari isnin nanti.
Baju sotsem class kiteorang da order. dengar macam smart. tunggu jerk laaa.
Lastly, even perempuan tak seramai lelaki, tapi we become pround standing as women mechanical's student =)
BYE !

Friday, May 20, 2011

Mission Accomplished.

Assalamualaikum =)

Bole tak kalau nak update pendek-pendek jerk? superb tired.

Bangun pagi lagi. memang melatih diri untuk preparation next week. nekad tak tido balik. terus siap-siap. bebel-bebel kat anem. and lets go.

Alhamdullilah. tak sesat pon. perjalanan pon lancar, highway tak banyak kereta sangat. maybe sebab weekdays kot.

Sumpah excited time sampai sini. sini? yup. A Famosa :]
Jakun jangan cakap la. juga tidak sesat. sampai around pkul 10 lebih. beli ticket. tak ada la mahal sangat. the price is RM35 including lunch set. even makanan dia tak ade yummy gilos sampai menjilat jari, tapi sebab da lapar, aku gigih telankan jugak.

Ramai orang yang kita jumpa kat sini.  MACAM_MACAM okay! wish untuk dyeorang :

to LESBIAN COUPLES : tak payah nak sweet sangat la ber i u i u. pelik sebab  'pakwe' kau salin baju same tempat dengan aku. ke aku yang salah masuk?

to SWEET COUPLES : ye, aku tahu korang memang 'manis' sgt tapi tak perlu kot sampai nak show off macam dunia nie korang yang punya. aku tak cukup umur lagi tapi da dapat tengok macam-macam scenes.

to FRESHIE BRIDE : datang honeymoon ea? selamat pengantin baru ! * teringat akak tuh yang laki dia handsome tuh. da la handsome, sweet sangat, sebab selamatkan akak lepas turun gelonsor tuh.

to SAHABAT  BARU : nice to meet u, adik! till meet u'all again. naik family sliding dengan korang super duper cool. sampai aku peluk kaki anem kan.

to HAPPY FAMILY : njoy ur olidays!
*jap, teringat sorang foreigner nie yang tolong tolak kiteorang, thanx a lot! u memang tough plus banyak bulu dada, gilfrie u gojes okay! sexy plak tuh.

Actually, ramai lagi yang aku jumpa kat sini. dunia. dunia. dunia. haha. including abang photographer yang snap picture kiteorang pakai topi pantai kat entrance tuh. handsome! :D



















No descriptons for the any picture above. why? suke ati aku la.

Conclusion, pergi berdua jerk. tapi kami bukan lesbian. pergi ramai-ramai pon tapi tak happy buat ape? we did very well for this super duper cool vacation. tak kesah la just both of us. tapi happy kiteorang macam pergi 10 orang. kiteorang memang menjadik jerk buat ape-ape pon, even berdua. haha.

Then, games kat sini semua perfect! gelongsor curam yang bila naik rase macam bole tercampak ke bawah tak pon boleh tercampak kat tengah-tengah highway tuh. jerit-jerit sampai nak dah tak boleh jerit. i think i cant describe those experiences. and i cant recall back their names, otak letih sebab telan air chlorine banyak sangat. just go there, and u'll get the superb awesome experiences.

Dream of : one day nanti nak pergi sini dengan en. boyfie. =)
Nie kau kate pendek-pendek? macam panjang jugak jerk. haha. okay!
Next time plan nak pergi KL, tapi anem cakap tak boleh sebab 'abang acid' berleluasa sekarang nie. bahaya!
Got to go, peeps!
BYE!

Thursday, May 19, 2011

Hari Biasa

Assalamualaikum =)

Hari biasa sebab bukan hari berjimba-jimba. tapi tetap kene bangun pagi. nvm. sebab next week pon memang da kene bangun pagi. short sem tak best !

Bangun, hantar ibu pergi keje, dalam kereta plan dengan anem nak continue beradu, tetapi bercerita berjaya mengatasi segalanya. sory, anem. lepas nie, tak jumpa kau lelame, pastuh sekali jumpa balik, mesti berzillion stories aku nak bagitahu kau.

Dah penat story-mory, anem kemas rumah, aku basuh baju ( kami memang anak dara sebenarnya, malas nak show off jerk selama nie) mandi, pikir nak pergi mana. memula plan nak pergi melaka lagi. penat berdiskusi akhirnya jalan-jalan muar jerk la. pergi wetex, carik makanan. dan finally, we got the toast ! Alhamdullilah.

Jangan percaya branch kami hanya toast. kami memiliki perut yang comel bersize tong drum. setakat roti bakar tuh, celah anak tekak jerk kot.





tangan kalau tak lekang dengan hp bole tak ? :D







tengok tak ade hp di tangan. haha





lemon tea air anem, aku order coffee. nak ambik feel kopitiam. haha.





nasi goreng plus ayam masak merah. nie aku punya.








nasi lemak plus rendang ayam. nie anem punya.








whole bread with kaya + butter flavour
nie aku punya.
anem punya tak ade gambar. dia punya : normal bread + kaya flavour.








mine. memang bagai minyak yang tumpah di ladang gandum !







nie anem punya. licin berkilau kan? dia memang sangat lapa.





semua pon da habis, bayar, dan shopping!




Actually, something happened time makan nie. and let me down. memang macam nak nangis da tapi kene kuat. end up, Alhamdullilah. settle out on the good way. 

Esok macam last episode berjimba-jimba jerk. sedih. nanti da kene balik JB, pastuh da kene sotsem. sotsem. sotsem. tak suka. tak suka. dan tak suka jugak!

BYE!

Wednesday, May 18, 2011

Berjimba-Jimba Dengan BF - Part 2-

Assalamualaikum =)

Hari nie pon memang gigih bangun pagi. sebab nak hantar ibu pergi keje. kan nak pinjam keta ibu, so kene la hantar ibu pergi keje. anem pon gigih bangun pagi. melaka punye pasal, mata tak boleh bukak pon kene jugak bukak. otw balik, sempat singgah kedai beli jarum. jeng jeng jeng.

Pukul 10am baru keluar rumah. bertolak pergi melaka. weh, nak bagitahu nie. kiteorang da tak sesat. Alhamdullilah. hari nie macam tak berjimba sangat sebab entahla. da puas sangat kot semalam. plus, jalan banyak kereta. pelik sikit sebab semalam, public holiday, jalan kosong, nie hari keje, jalan penuh plak.

1st pergi Mahkota Prade. semua kedai pon freshie. sebab semua baru bukak. tak beli pape. window shopping pon tak. cuci mata pon tak. moody! tapi anem beli pencilcase. colour pink. cantik! nanti next sem nak beli pencilcase baru jugak, bole?

Kiteorang tak breakfast. jadik kiteorang branch. carik tempat makan sampai tepu! last-last makan kat Nando's jerk.




owh ! nie bukan di nando's. nie di toilet MP. sama concept dengan baju anem.







ye, idong besar. fine!






kau gojes. fine!








air anem memang superb! tak macam air aku. =________=







nasi kiteorang same tapi sideline aku peri chips dia coleslaw.





aku gedik nak dessert, pastuh kene makan sorang-sorang jerk.


Lepas menjimbakan perut kami ke Jonker Walk. tempat nie idop time malam jerk. time kiteorang datang ape-ape pon tak idop lagi. haha. duduk dalam keta. pikir next destination sampai tepu. call travel guide suro dia suggest mana-mana tempat. atlast, dia suro pergi Masjid Terapung @ Masjid Selat Melaka.


next time MESTI datang sini.





nie dalam masjid tuh, lampu dia cantik. tak ade pon dekat rumah.






jalan nak masuk tempat solat nie pon boleh sesat. L okay?





asal muke kau comel sangat sampai pose camtuh?


Actually, otw nak pergi masjid nie kiteorang da plan nak carik kopitiam. kiteorang mengidam nak makan roti bakar. tapi tak jumpa. puas carik, siap da beli kupon sebab takut abang handsome majlis perbandaran melaka saman. siap da sesat-sesat, round area yang sama jerk berkali-kali, barulah jumpa adik beradik kopitiam - 1Station.



muka berminyak bagai ade hati nak pose gojes-gojes?





kau memang bajet comel lagi? haha.






shake it and the bubbles will on the top of the glass, its 'yessa' goes.
anem kate, kalau minum air nie pagi-pagi tak payah gosok gigi pon mulut bole wangi.






pastuh lemon tea kau memang masam gilos kan? tapi straw yang bole stir air tuh super unique. siap aku suro anem bungkus pakai tisu, masuk dalam bag, bawak balik umah, tapi dia tak nak.


Next destination : =)



credit to : Muhammad Haikal


Terima kasih sebab guide jalan dari A sampai Z. dan mungkin akan tolong guide lagi untuk destinasi seterusnya. hye, gf haikal. jgn jelous ea. dia guide aku trough phone jerk. lansung tak bersua muka. haha. nope ! dia suro cakap yang dia single mingle. then, sape-sape nak dia bole la just go on dengan dia. =)
Nanti kau nak jejalan kat JB, biar aku plak guide ea. that reasons what are friends for. terima kasih sekali lagi.


Tetiba terfikir, memang kene carik kawan setiap negeri. sebab nanti senang, kalau nak pergi vacation da free-free ade travel guide. kalau sesat pon tak ade la gelabah bagai.

Kene tido sekarang sebab nak qada' tido arinie. BYE!