Monday, June 27, 2011

Assalamualaikum =)


Sotsem da nak sampai ke penghujung nya. Pasnie mula liat kot nak bangun pagi. Haha. Tapi rasanya aku still keep on going pergi utm. Banyak kerja nak kene settlekan. Even kene pergi sorang-sorang. Kene belajar hidup independent dari sekarang. Kalau tak bila lagi kan. Kenapa ayat macam cover line plus ayat terpaksa. Haha. Class sotsem this week camnie :


Class : automotive

Yup. I’m not automotive student. Tapi basic knowledge about automotive kene la tahu jugak kan. Tak kan la nak focus only into our course. So, class nie let me and my friends experiences untuk bukak engine kereta. Bukak component by component, measure about the piston, calculate the cc untuk engine tuh(cubic centimetre kalau tak silap), pasang balik component-component tuh macam sedia ada. Senang jerk bukak dengan pasang balik. Tak caye, pergila try. Hahaha


group baru : miza, pali, emma.




time nie bajet-bajet jerk pegang spanar tuh sebab nak bergambar kan.




Class : sample preparation

Menapak depan lab nie jerk da nak 10 minit. Pastuh da masuk dalam lab, duduk-duduk, borak-borak, ketawa kuat-kuat sampai kene marah dengan abg technician kat situ. Dia cakap camnie, “ingat nie pasar ke? “ kejap jerk kiteorang diam nya, lepas abang tuh da masuk bilik dia balik, kiteorang tengok muka masing-masing pastuh ketawa balik. Macam budak tadika kan kene marah-marah camnie. Tuh la. Sape suruh biarkan kiteorang sampai da nak dekat setengah jam.


Class nie sangat la simple. Belajar basic-basic sikit, kenal microstructure, benda-benda yang digunakan untuk process sample preparation, kenal mesin-mesin dia, jawab soalan, main-main lagi baru balik. Haha. Kiteorang siap bole main batu seremban, ceper. Memang tadika abes la. Tapi rasenya budak tadika pon tak main camnie kot. Pastuh satu report untuk 12 orang. Terbaik sebab aku yang buat ! haha.


makcik bedah tengah kipas-kipas sebab panas sangat.




kiteorang selamba ambik gambar guna hp anip. miza la ajak. haha.
* credit to  ANEMKUSYG !



Class : auto transmission

Trainer untuk class nie, perempuan okay! Well, bila perempuan mesti lagi cerewet kan. Semua benda pon nak details. Tapi bole layan kepala la jugak. Sebab perempuan dengan perempuan kan, messti bole layan kepala. Haha. Kalau before class nie, module automotive kiteorang bukak engine kan, module nie plak kiteorang bukak gear box. Kotak gear tuh. Kenal semua compenent-compenent dalam tuh. And we keep on memorizing all the component with their function sebab nanti kene soal dengan akak tuh, then she will given marks individually. So, kalau tak dapat, rugi la kan. Sebab bukan susah sangat pon. *tapi aku terkial-kial jugak time kene soal tuh.




group baru lagi : biha, anip, emma. 
*mane-mane group aku pon mesti dengan emma kan? sebab aku dengan dia memang tak bole separate!


 Tuh jerk la class untuk minggu nie. Next week ade lagi 3 module. Pastuh bole berjimba-jimba. Haha.
BYE !



*Sebenar nya entry nie kene post last week. Tapi sebab banyak keje, asyik la postpone jerk. Btw, last Saturday, kiteorang satu class pergi gunung berlumut lagi. Aku pon join da last minute. Enjoy abes sebab dapat prank sopee, sebab birthday dia. Memang macam nak menangis aku tengok dia kene prank. Dieorang prank guna nasi plus lauk-lauk yang memang dieorang da peram almost SEBULAN ! eeeeuuuuwwww. Bau dia tak payah cakap la, sebab memang superb bacin. Haha. Pastuh dapat tengok aksi-aksi ganas dieorang terjun dalam air. Konon nak tunjuk korang la hero Malaya sejati ? haha. Sorry tak ada gambar untuk moment nie sebab gambar kami adalah terlalu privacy ! haha.

BYE lagi sekali !

Thursday, June 23, 2011

L I F E

Assalamualaikum =)

Hectic gila life aku sekarang. tak ade class, stay kat rumah tapi buat keje nonstop. memang ada gaya macam perdana menteri. tapi gaya jerk la. duduk buat keje depan tb, tapi satu cite pon aku tak tengok. sampai bila mak tanye aku, ape tajuk cerita yaang tengah terbukak kat tb tuh, aku bole jawab ntah. sedangkan dari cerita tuh belum start sampai da nak abes da, memang aku tak ambik pedulik lansung. membazir elektrik jerk.

So far, ade 2 kerja yang in progress. 89% aktiviti MRM untuk KFK nanti, pastu satu report lab da settle. Alhamdullilah. dalam busy-busy tuh sempat lagi online, chat dengan gf, blogwalking dan juga update entry baru. haha. aku memang suka menyimpang dari landasan. nanti tak ade la stress sangat instead of update perkembangan rakan-rakan dan celik kan sikit mata nie dengan peredaran sekeliling.

Owh! patutnya semalam nak update entry pasal fitness aku, tapi tak sempat plak. ha, fitness level aku da merosot. semalam aku cycling kat area rumah aku, tapi baru jerk kejap cycle aku da semput. tak bole jadik nie. sian body aku kalau terus camnie. bukan amalan gaya hidup yang sihat la camnie. aku memang da lame tak exercise. lama sangat. last aku exercise pon time demam arituh. tuh pon setakat main badminton dengan abang ipar aku. tuh jerk. pastuh kan, terus baik demam. jadik pasnie kalau demam tak payah la susah-susah nak makan ubat ke pergi clinic ke. bazir duit jerk.

Kan entry lepas aku ade cakap nak puasa kan arynie, Alhamdullilah. tercapai jugak. opps! belum bole cakap tercapai la, sebab belum buka lagi. haha. kalau tak silap, 27 rejab, next wednesday kan? jadik aku berusaha untuk puasa jugak arituh even ade class. jom puasa ramai-ramai nak? harinie mak dengan abah pon puasa jugak. pagi tadi sahur tiga beranak jerk. =____= jap lagi buka pon tiga beranak jerk =_____= kenapa camnie, =______=  ? sebab rasa macam tak meriah. yela,before nie kan family akak aku stay kat rumah nie. tapi sekarang dia da move rumah dia sendiri. tuh yang tinggal mak abah dan aku. sian mak dengan abah. ade tak sape-sape nak join kiteorang buka jap lagi?

Jap, tadi presiden IEC call tambah lagi satu kerja kat aku. haha. carta organisasi kelab. need qayyum help me out of this problem.



Honestly speaking, instead of busy with all the responsibility that i should handle off, its have SOMEONE that i ignore. even he wont read this entry, but from bottom of my heart, SORRY,dear !
BYE!

Tuesday, June 21, 2011

Kerja Banyak-Banyak tuh FUN kot.

Assalamualaikum =)


Kesibukan bakal melanda. Macam-macam keje nak kene settle out ASAP. Tuh la. Slame nie ignore jerk kan. Life macam heaven jerk. Sedangkan berlambak keje. Semua nye aku postpone kan. Sekarang, hambik kau. Terima kasih kerja :]



*paperwork FYE untuk IEC
*paperwork program raya unuk KFK
*assignment individu & group untuk praktikal sabah
*study semua tajuk untuk praktikal sabah
*report studio konvo-46
*sticky album untuk job belly dance
*mintak sponsor dekat poslaju & kedai pali untuk praktikal sabah
*tolong miza settle out pasal sijil IEC
*preparation aktiviti MRM untuk KFK



Semua kerja-kerja nie memerlukan aku untuk deal dengan orang luar, which is HEMA,POSLAJU and etc. ‘orang luar’ here means orang yang maybe aku tak kenal lansung, kenal tapi tak rapat ataupun hanya kenal based on their names. Seriously, it is going freaking bad. Sebabnye aku tak biasa. And i know, nie la masanya untuk aku grab those experience. Sebab nanti bila da habis study pon, future kita bukan depends to the same person jerk kan. Tapi yang tak sanggup tuh nak kene faced on benda nie sorang-sorang. Tuh la akibat nye kalau da biasa sangat hidup mesti nak berteman, berkawan.  Bukan salah kalau ada kawan ke teman ke ape ke, tapi bila masanya aku nak get into independent life. So, this is a good chance to make me one of independent person like others.


Sometimes, aku memang respect la kat sape-sape jerk yang bole idup sorang-sorang. Yang bole pergi class sorang-sorang, bole pergi makan sorang-sorang, shopping sorang-sorang, study sorang-sorang, semua pon dia buat kerja sorang-sorang. That type of person here bukan lah yang macam kera sumbang tuh. Yang lansung tak bercampur dengan orang just life in their own world. No. Its different, okay! Selalu yang bole buat keje sorang-sorang nie, budak laki la. Budak perempuan ada jugak, tapi jarang kot. Sebab perempuan nie kan insan yang patut dilindungi. So, tuh la sebab dyeorang kene selalu berteman. Lagi-lagi macam nowadays kan, pergi mana-mana pon belum tentu selamat 100%.


Da penat bebel, nak continue tengok movie rio plak. Owh! Dulu da pernah tengok jugak cerita nie kat cinema umall dengan coursemate, tapi 10% jerk yang aku tgk, lagi 90% aku bantai tido. Haha. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak tengok balik.


Okay, BYE!

Monday, June 20, 2011

Great Emak dan Selamat Hari Bapa, Abah !

Assalamualaikum =)

Hari nie tak ade class. so, plan nak puasa sunat. sebab dalam bulan rejab nie, belum berkesempatan untuk puasa sunat. dengan menggunakan alasan, konon nya ada class shortsem, maka tak larat nak puasa. sungguh keji alasan yang diberikan. akan aku gigihkan jugak puasa sunat hari khamis nie, even ade class. aku memang kaya dengan alasan. ye, budak pemberi alasan tegar mungkin !

Pagi tadi dapat bangun sahur dengan gemilang nya, sebab mudah bangun pagi. haha. selalunya mak kene tunggu aku bangun sampai masuk toilet, baru bole mak keluar bilik. yup, i'm not such a good daughter. tapi pagi nie, bertambah kezutan. mak siap bawakkan air dengan roti dan biscuit sampai dalam bilik. mood bangun tido selalu tak stabil, kalau stabil conform aku terus nangis. tak expect pon mak akan buat sampai camtuh sekali. Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan emak camnie. she is the greatest mother ever in the world ! terima kasih, mak. :)

Lepas subuh tak boleh tido, layan movie 'aku tak bodoh'. nasib baik  movie nie best. pastuh dalam pukul 9, bole pulak mata nie baru nak mengantuk. konon-konon nya nak tido kejap jerk. sekali terlajak sampai pukul 9.45. bergegas mandi dan siap-siap. sebab nak submit report dekat utm. ajak mak teman. mak pon on jerk. kenapa ajak mak teman? sebab saje bosan da selalu sangat drive sorang-sorang. lagipun mak bukan ade buat ape dekat rumah.

Lepas da submit report, pergi bank-in kan duit pulak. nasib baik orang tak ramai. tak payah la nak tunggu lame-lame. balik rumah, tengok tb dan selebihnya tido. bangun untuk solat jerk dan tido balik. its embarassing me. puasa tapi tido memanjang. apela nak jadik. aku pon tak tahu kenapa, asal aku baring jerk terus nyenyak sampai get into macam-macam mimpi. ade jugak plan nak tengok movie sebab nak avoid tido, tapi tetap tertido jugak. at last, laptop tengok aku. tb plak, memanjang la cite indon. sampai rase macam da jadik warganegara indon plak. uish! agak-agak dekat indon, berlambak tak cerita melayu kat siaran tb dieorang?

Next, selamat hari bapa, ABAH! agak lambat aku update entry pasal hari bapa, tapi pedulik hape aku. belog aku kan? haha. so, semalam just make small party for celebrating father's day. gather ramai-ramai dekat rumah kaklong. kalau nak list out kan pengorbanan abah, memang sampai kiamat pon tak abes. sebab it is totally INFINITY ! 20 tahun aku tumpang bernafas kat bumi Allah nie, kalau tak ade abah di sisi, mungkin i'm not being someone macam sekarang. 20 tahun jugak nak besarkan aku, bukan satu amanah yang mudah. tuh tak plus dengan akak-akak dan abang aku lagi. tapi abah kuat, dia ambik tanggungjawab nie dengan hati terbuka sampai lah sekarang dan pasti juga sampai akhir hayat dia.

Sampai hari nie, aku tak rase lagi yang aku da puaskan hati abah, da gembirakan abah 100%, even memang impian abah nak tengok aku jejak kan kaki ke universiti, tapi aku still rase yang tuh belum cukup memadai kalau nak compare dengan jasa dia selama nie. umur abah da menjangkau 66 tahun. dan sepatutnya pada usia emas nie, dia hanya perlu duduk di rumah untuk berehat dan mengisi masa dengan lebih banyak amal ibadah dia, tapi disebab kan aku, ye DISEBABKAN AKU dia masih juga keluar pagi dan balik petang untuk memikul tanggungjawab selagi dia mampu.

Owh, aku da tak boleh teruskan menulis, sebab air mata da merembes keluar, sory, peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali jadik anak derhaka, nabihah! aku bangga sebab nama aku berbintikan sorang insan yang pada mata aku dia lah super hero aku dunia akhirat. terima kasih abah, EN AB RAHIM BIN HJ OMAR.

*abah tak pernah pukul aku dari kecik sampai sekarang dan sampai sekarang jugak aku masih tak ade jawapan untuk tuh.

*for future husband : awak bole jadik macam abah ? kalau bole, jom kahwin sekarang! :D


Abah handsome kan?

Saturday, June 18, 2011

Sebulan Bersotsem.

Assalamualaikum =)

Pejam celik pejam celik da cukup sebulan kiteorang ber-sotsem. sekejap jerk kan. tuh la dulu punye la tak nak sotsem, sekarang nie da tinggal brape ari jerk lagi. yeeehhhaaaa. jejoget sikit *ed la nie asyik nak ajak jejoget jerk. kan aku da terikot-ikot. as u know, i'm easily influenced with anyone. haha.

Okay, continue cerita pasal sotsem.

Class : welding
Superb class nie sebab kene pakai shield face atau ditranslatekan akan menjadi perisai muka. haha. team mate module nie bersama fuad senget. dia buli aku untuk module ini. sebabnye, most of the project aku yang buatkan. tak aci! da la balik awal., tak tolong kemas pon. takpe, banyak lagi module untuk aku balas dendam kat dia. haha. 

Time trainer tuh briefing kiteorang pasal nie, memang aku tak yakin la bole buat, sebab memang tak yakin la. *bila masa ntah nye nak yakin kat diri sendiri* =____= tapi bila da lama-lama try, terus jatuh cinta dengan welding nie. terasa macam diri nie hebat plak, sebab bole buat keje-keje camnie. *memang tengah berlagak pon* da siapkan project yang dia suro buat tuh, siap bole main-main lagi. main tulis-tulis name, tapi tak jadik, buruk, terus buang.


konon-konon tengah fokus la ea?




fuadrahim dan biharahim.






Class : Fitting

One word for this module : BENCI. sebab kene extend masa buat project dia. penat pulak tuh. *aku memang minah banyak songeh, pastuh keje semua nak senang.* tapi, serious, banyak-banyak module, nie la paling aku tak jatuh cinta. trainer da cukup best da, tapi projek dia memang menguji tahap kesabaran. kikir besi tuh penat okay! punya lah berhempas pulas, sampai nak nangis end up, tak jadik! memang terus balik rumah cepat-cepat. padan muka tak ade gambar untuk module nie. next!




Class : Steel Fabrication

Ha, class nie agak best jugak. trainer pon sporting! siap promote class koQ dia. ajak daftar under section dia. tapi kiteorang tak ambik koQ pon untuk next sem, sebab credit hours kiteorang da maximum. memang kalau pikir pasal next sem, bole nangis guling-guling kot. haha. da la. cerita pasal sotsem dulu ea. next sem punye cerita kita simpan dulu. 

Dalam module nie kita disuro buat satu projek macam rak buku tuh. comel jerk. kalau dapat cat ke spray colour pink, lagi comel. haha. senang jugak la module nie, maybe sebab satu group 4 orang kot, tak macam selalu, 2 orang jerk. 


tak sempat nak ready lagi, fuad da snap. jelous la tuh.





kami memang selalu ditakdirkan satu group :P tapi salah tak de time nie, sebab fuad sorok dia dalam poket seluar.








Class : computer maintenance

Class nie plak memang cool abes. sebab tak de buat pape, just pasang teling jerk. dengar trainer tuh bebel-bebel  briefing sikit, introduced us about all the computer maintenance bla, bla, bla suro buat report dan bole balik. sebab trainer nie handsome baik, dia bagi cuti next monday. yeeehhhhhaaaa. report pon dia suro submit next friday. memang lame lagi kan, tapi berbaloi la sebab report dia atleast 15 pages okay! haha.

So, next class start hari selasa. tapi isnin tuh kene datang utm jugak sebab nak submit report steel fabrication plus ade urusan kelab sikit.

Nanti update lagi ea. BYE!



Wednesday, June 15, 2011

Minggu ke-3 sotsem.

Assalamualaikum =)


Setelah sekian lama menyepikan diri atas TIADA sebab-sebab tertentu. Malam nie aku bangkit semula. Ayat memang mintak penampar. Pedulik hape?
Terus continue dengan entry sotsem ya. Nie class-class last week, tapi aku tak update as soon as possible, so banyak details da lupe. Banyak jugak cerita yang nak di sharekan turut lupa bersama. Gambar pon kurang sebab mungkin tak ada mood nak bergambar. Tak macam first and second week dulu. Di mana semua budak pon hectic bergambar termasuk yang sedang cuba memerah ingatan semula sebab aku memang cepat lupa. Sory.

Class : miling
It should be tak ade class lansung untuk module nie. Kiteorang lansung tak buat ape-ape untuk class nie. Just buat report dan submit. Sebab trainer tuh ade kursus. Agak terkilan jugak sebab lansung tak tahu miling tuh ape. Dan juga lansung tak merasa untuk meninggalkan thumbprint di mesin-mesin miling. Tak pe, mungkin taka de rezeki. Next time, insyaAllah.


Class : metrology
Class nie pon tak berat sangat. Just berkenal-kenalan dengan measurement tools jerk. Class nie agak skema. Maybe sebab trainer dia sangat la strick. Group aku jugak kene marah, opps. Mungkin dia tak marah tapi aku tetap assume dia macam marah. Sebab kiteorang tak guna manual book yang dia bagi.


                                             budak group aku : salah, emma, fuad senget, aku.





Class : lathe turning
Class nie memang stylo abes. Even melibatkan satu sesi setengah, tapi aku enjoy. Trainer module nie, perempuan! Dari budak-budak yang da attend this class punya story, akak nie cerewet, garang, poyo, etc. Tapi bagi aku, absolutely not! Dia rock kot! Haha. Dia okay jerk dengan kiteorang. Siap tolong-tolong bagi semangat time tengah buat keje yang dia suro tuh. Senang cakap, dia bole layan kepala la. Haha. Knape tetiba aku pon mcm rock jugak nie? Haha.


              nie budak group aku, emma. excited kot buat keje. siap da bole hafal smue steps nak turning.




Class : boiler
Such a super duper cool class! Trainer nie lagi gila. Aku taknak panggil dia technician tapi nak panggil dia pakcik. Sempoi abes. Moments yang aku ingat : 

- Time explain pasal boiler a.k.a dandang, hp dia asyik brbunyik jerk. Sampai 5 kali. Memang aku sempat kira la kan. Yang best tuh, semua call tuh pon dia pick up, siap berbual depan kiteorang.

- Dia suro budak-budak nie baca ayat dalam buku yang dia bagi tuh. Macam kat sekolah. Sape bace perlahan, siap kene sound lagi suro baca kuat-kuat.

- Paksa kiteorang beli buku boiler tuh. Actual price rm10, tapi pakcik nie bagi discount, terus jadik rm1.

- Dia selitkan motivation sikit, politic issue sikit time dia explain pasal boiler tuh. So, dia bukan jerk technician yang baik, malah pakcik yang baik, rakyat Malaysia yang baik. Dan dia bole dibanggakan! Haha.

Tuh jerk la class minggu nie. Tak silap aku, minggu nie aku banyak habis kan masa dekat hospital. Teman kaklong aku. Alhamdullilah. She already discharged. :)

Nanti aku update lagi ea. BYE!




Wednesday, June 8, 2011

Aku Respect Smoker.

Assalamualaikum =)

Kene update entry laju-laju. sebab da alang-alang stay up kan, baik teruskan stay up. haha.

Refer to the tittle, tetiba pulak aku respect dekat dieorang. tapi bukan SEMUA SMOKER okay. korang pernah dengar tak orang selalu cakap, once kite respect orang, orang tuh pon akan respect kita. so, same goes here. situation nie terjadik petang tadi. tak payah nak tadi sangat la. okay, petang semalam. time lepak dengan membe-membe *tak perlu nak describe siapa mereka. lepak bersama kawan lelaki yang memang perokok tegar, sory to say, tapi mereka memang da tak bole nak dipisahkan dengan rokok.

So, after makan tuh, masing-masing pon keluarkan kotak rokok masing-masing, ade jugak yang mintak membe. owh! bukan perkongsian rokok yang ingin dikupas. perasaan HORMAT. terhadap mereka tetiba datang bila dieorang berpindah tempat duduk untuk memulakan penghisapan rokok tersebut. paham tak? maksud aku, mase makan tuh duduk satu table, kira seat pon sebelah-sebelah la kan. then, bila dieorang nak smoking, terus dieorang move to another table.

First, maybe sebab dieorang da paham kot, yang aku memang trauma dengan asap rokok. serious! aku terlalu sensitif dengan asap rokok. kalau bab-bab merokok nie memang aku jenis sound direct. aku pernah sound membe aku camnie, " kalau nak mati jangan ajak aku sekali " sory. tapi memang masa tuh aku da tak tahan sangat. macam da sesak nafas pon ade. then, aku pernah jugak ambik tisu ke, hujung tudung aku ke tutup hidung depan-depan dieorang. ha, nasib baik mereka jenis kaki makan saman camtuh, dapat orang yang  memang tak paham bahasa, memang aku yang angkat kaki, blah dari situ.

Second, maybe memang dieorang jenis yang respect to another people kot. tapi jarang nak jumpa orang camnie. kalau nak respect sangat, tak payah hisap depan kami yang tak hisap rokok nie ha. haha. dapat pulak, orang yang hisap rokok nie, pastuh asap dia tuh dia dok sembur kat muka kita. kadang-kadang memang dia tak ada niat pon nak sembur betul-betul kat muka kita, mane tahu kot angin ke yang bawak asap tuh, tapi aku tetap menyirap! sakit okay bila kene sedut asap tuh. TERPAKSA sedut!

kalau kat public tuh kan memang selamba badak aku jerk la buat sign-sign tangan yang macam halau lalat tuh. sedangkan tuh aku hilangkan asap rokok tuh cepat-cepat, tuh yang buat gaya ala-ala halau lalat. pernah jugak la tersound "busuk la asap rokok nie" dengan level volume yang agak tinggi. memang nak bagi perokok tuh dengar pon. aku tak kesah pon kalau korang nak hisap rokok ke ape ke, sebab beli tuh pon bukan pakai duit aku, memang tak kan dapat la kalau pakai duit aku kan. tapi korang sedar tak, korang bukan jerk da membazir duit tapi dalam masa yang sama korang ade ciri-ciri seorang pembunuh. tak payah susah nak carik pisau tikam orang, jadik perokok jerk da bole jadik silent killer. haha. asap rokok tuh kalau kau sorang jerk yang sedut tak ape la. nie kau bagi satu dunia sedut. ape cerita?

kalau tak silap aku, rokok nie dibuat dari air kencing setan? betul ke? ha ! paling penting. bagi lelaki-lelaki yang ingin bergelar bapa one day nanti, be aware! rokok tuh bole menyebab kan MELESET NYA EKONOMI KILANG SPERMA. nie aku dapat tahu dari WHI arituh. one of pakar motivasi cakap. aku pon tak tahu kenapa sampai sekarang aku ingat lagi. so, pepaham la sendiri eak.

Syukur, Alhamdullilah. abah da berhenti hisap rokok since dia balik dari haji dulu. abang long plak memang tak hisap rokok dari muda. abang ngah plak, dulu memang perokok tegar, now da try kurangkan tuh pon after dia kene suspect ade sakit jantung. da terlambat baru nak sedar. tak ape la, atleast dia sedar! abang uda dengan abang zali pernah menyatakan hasrat untuk berhenti tetapi hanya bertahan selama 2 ke 3 bulan jerk. tak ape, next time try lagi ea. en.boyfie, sila take note. remind urself, dear!

Membe-mebe pon ramai jugak yang being smoker. coursemate, budak kelab dan mereka yang bergelar membe aku. yang tak hisap tuh bagus la. aku respect kat korang sebab berjaya control ur mind dari 'nikmat dunia' nie. kat membe-membe aku yang memang hisap rokok tak kira la perokok sejati ke tidak, korang tak terlambat lagi nak start future korang bebas dari asap rokok. yang penting nawaitu korang tuh kene betul. tak ape, aku doakan korang semua dibuka pintu hati untuk berhenti hisap rokok nie. insyaAllah. aku tahu aku cakap memang la senang, sebab tak kene kat batang hidung sendiri kan. juat take ur time. lambat dengan cepat jerk. Sory, kalau ade sesape terasa. nie just my personally opinion. kalau salah boleh tegur.

BYE !

Kak Long.

Assalamualaikum. =)

Today macam biasela. class berlansung dengan meriahnye. hari-hari ade class sotsem pon tak ape. sebab enjoy jerk. instead of bole gosip dan bertukar cerita dengan roomate tersayang. even tak layak panggil roomate. sebab aku jahat asyik tinggalkan dia jerk. even. bukan sotsem. sory sayang!


LOL !


Abes class pukul 3lebih dekat pukul 4. terus hantar coursemate balik then continue discussion sikit dengan amin and philo dekat kelab. after tuh philo pulak ajak pergi makan goreng pisang then amin pun terus ajak pergi stadium UTM. before nie tengok gambar dari aten jerk. so, kejelousan dalam diri kami memang melampau. terus bergegas pergi. even takut dengan abang guard, sebab takut dia tiup wisel, kiteorang selamba jerk redah.


stadium dia memang superb!



kolam renang, tapi aku tak pandai swimming =_____=


After maghrib, dan juga sejurus abes cerita nora elena, yup. aku da addicted dengan cerita tuh even aku tak follow dari 1st episode. kiteorang terus pergi johor specialist. kak long was admitted. ingatkan kene infection kat paru-paru macam last year sebab batuk da sebulan lebih tak baik. tapi, Alhamdullilah. nothing serious happened. lepas doctor da masukkan antibiotic dalam badan dia, batuk dia pon da kurang, badan makin cergas. siap bole ketawa kuat-kuat dengan aku. haha, doctor cakap,maybe dia kene stay situ about 5 days.

So, kaklong. get well soon, nanti bole tengok nora elena dekat rumah, sebab tengok dekat hospiatl tak best! haha. lepastuh tak lupa jugak bole berjimba-jimba dengan aku macam harituh. kalau kau sakit, tak best la. sebab baru nak ketawa, kau da terbatuk-batuk. aku tahu kau rajin makan ubat sebab nak cepat keluar kan, so, selamat menjamu ubat =) njoy ur life dekat hospital tuh * dia suka duduk hospital sebab everythings already prepared for her espcially makanan even tak sedap, next time, aku datang lagi.


tengok muka dia happy. kak uda siap sound dia lagi, "muka tak macam orang sakit pon"




beria suruh abah ambik kan gambar kiteorang then, upload kat FB.

Masa kat hospital, kaklong paksa makan ubat batuk, dia cakap flavour oren. (memang warna dia oren) aku pon percaya, terus minum. (sebab batuk aku pon tak baik-baik even ubat batuk da nak abes). sekali rase dia eeeeuuuuuuwwwww. sumpah tak sedap! aku tertipu. terima kasih kaklong! now, batuk aku da makin kurang kot. Alhamdullilah. =)

*dari kecik sampai da meningkat remaja nie (tetap tak nak cakap da tua) aku masih takut nak makan ubat. ingat lagi, waktu kecik-kecik dulu, sampai kene pegang tangan kaki kalau nak makan ubat.

*makcik zainab (roomate sementara kaklong) get well soon too. makcik sangat peramah, pelawak dan pe-cool. apekah? makcik nie memang cool ! best layan dia. sory,tak dapat nak jadik bakal menantu sebab saya nie, sekolah pon tak habis lagi. =)

BYE!


Thursday, June 2, 2011

Sotsem for the 2nd week

Assalamualaikum =)


Sotsem for the second week going same like last week. But some module that we had to go through with full of millions keberanian. Why? Because it seems like, “ hey, girl ! can u do it? “ haha. Finally. Here the girl go. Fighting! :] we just proud becoming as a WOMEN MECHANICAL STUDENT. And for the future as WOMEN MECHANICAL ENGINEER. InsyaAllah.


Isnin
Class – composite

Given a task to produce a good product. The product are basin and car roof. As usual my team mate is my roommate. Opps! Ex-roomate and becoming roommate too. Haha. Kiteorang decide nak buat basin. Pinky basin! The basin is made from fibre optic which is sangat senang menusuk our body. Yela, benda tuh halus-halus, senang melekat kat baju, pastuh dengan senang nya jugak cucuk-cucuk badan kiteorang. Sakit plus gatal-gatal. Siap aku pinjam baju emma lagi sebab da tak tahan after 1st session tuh. This is the 1st class yang sangat mencabar tahap keberanian.










Selasa
Class – grinding

Team mate kene tukar. Team mate baru adalah fuad. Nie semua sebab ikot senarai nama. Then, this class is the 2nd class yg mencabar tahap keberanian. Kene jadikan besi jadi mata alat. Ouch! Memang time tengok trainer tuh buat demo pon aku dengan emma da yakin yang kiteorang tak boleh buat. Tapi, dengan dorongan classmate, yeay! Kami berjaya buat benda tuh.





Rabu & Khamis
Class – safety

Team mate still bersama fuad. This safety class such a super duper cool class which is class without machines!  Dengan trainer yang handsome. Haha. 1st session briefing sikit-sikit, then given assignment that need aku dengan fuad present. So, fuad prepare slide aku buat report. Kiteorang dapat tajuk hand and power tools.










Jumaat
Class – relaxing ur mind and body too.

Cuti tiga hari lagi. Terima kasih trainer! Tapi next Monday kene start class pukul 8am. Gigih la kene bangun seawal pagi.




semua gambar xde description. penat. malas. sakit. going to demam sebab da start sakit tekak dan selsema.
BYE!