Saturday, August 20, 2011

Terima Kasih. Gembira.

Assalamualaikum =)







Terima kasih semua.

Syukur, Alhamdullilah.

"Yang like tuh mendoakan yang terbaik untuk korang berdua" by ATEN NORHANI.

Gembira.

Rezeki untuk Ramadhan kali ini. dan juga Syawal 1432H.







2 August 2011
11:39am

Its going be the first love on my wall.



MOHD NABIL AHMAD SOFI, you are totally MINE :)

BYE!

Tuesday, August 16, 2011

Lensa FM10 di Sabah Borneo.

Assalamualaikum =)





Hasil dari lensa FM10. sebuah kamera manual. menggunakan filem. bertempat di Sabah Borneo. 
Hasil didikan fasilitator, Fareez dan rakan sekumpulan, Kecheq.
Terima kasih!
Juga kepada pihak Majlis Tertinggi program ini, safia, fareez, spark & wany kerana memilih aku sebagai salah seorang perserta praktikal fotografi kota kinabalu ini. 
Gembira bersama mereka tak dapat dicoretkan dengan kata-kata.
Hanya gambar menjadi kenangan kami untuk tatapan di masa akan datang.
Bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar ilmu ini yang mungkin tak dapat dengan bayaran percuma di mana-mana.
Bersyukur sekali lagi kerana dianugerahkan sahabat seperti mereka.

:)



























































Budak demam sayang KFK-ians!
Pastuh dia nak pergi sabah lagi!
Ada sesiapa nak offer ticket flight free?
Tapi tak nak pergi sorang-sorang! nanti nak batak dalam flight dengan siapa?

BYE!

Monday, August 15, 2011

Kad Raya.

Assalamualaikum =)

Berbekalkan setem 60 sen tambah 10 sen, kad raya KFK berjaya sampai di rumah. semalam, abang posmen tolong hantarkan. terima kasih kepada Nur Amin, Siti Nabila Aidit, Wany Rahman dan Salimah Alias. dieorang yang tolong conteng, tolong printkan adress, tolong gamkan itu ini, tolong tampal setem. dan credit kepada diri sendiri sebab tolong dieorang hantar kad-kad raya nie pergi post office UTM.

Punya lah excited dapat kad raya, sampai rumah terus tanya mak,

aku : ada tak abang posmen hantar surat cinta?
mak : ada ada. tapi tak tahulah surat cinta ke surat suruh bayar hutang.
aku : nie surat cintalah nie. dari kelab.
mak : ada dapat discounts pape tak?
aku : nie bukan macam kad raya dari menara optemetry yang kat angsana tuh lah mak. :)


Bawak masuk bilik, baring-baring sambil bukak sampul putih tuh. excited kemain lagi even dah tahu dah camne ghupenye.



Salam Aidilfitri.





Nie gambar last year. time nie buat jamuan raya dekat De' Tropika UTM. credit to nabil & sally kerana berjaya meninggalkan 'tapak kaki' di sini :)





dengan sampul surat pun aku bagi korang tengok. 






Pastuh terus tetiba nak bagi kad ray kat orang. dan ini juga bakal menjadi projek X aku dengan aten :) sila nantikan!



terus offer dekat facebook & twitter.





Project X akan bermula tak lama lagi. InsyaAllah. :)


BYE!





Salam Perantau.

Assalamualaikum =)

Puasa kat tempat orang tak kan sama puasa di tempat sendiri. tapi tuh la life. kalau asyik buat benda yang sama je, tak boring ke? atleast korang boleh belajar something yang baru. tak adalah kat takuk yang sama je. bukan love je subjektif. life tuh pun subjective. dah. tak nak mengarut!


1.Sekolah Menengah Teknik Muar.


kawan sekepala.




nie roomate time form 4.



First time merantau nie. tak silap, time first puasa tuh dapat balik kot. so, celebrate first puasa kat rumah. and the next day, dah kene balik hostel. meraung lah. meraung guling-guling. haha. tapi digigihkan juga diri nie, so, berjaya lah menghabiskan sisa-sisa puasa kat sini. berbuka puasa ramai-ramai kat DM (dewan makan) aspura kat depan, aspuri kat belakang. azan je, ketua kerohanian baca doa, pastuh berebut minum air. ada mini bazaar kat belakang DM tuh. senior jugak yang jual. dieorang rajin! hari-hari beli. sebab bosan dengan makanan DM. sebab dah tahu menu apa esok, lusa, tulat, minggu depan. =______= lepas buka, pergi surau, wajib solat maghrib berjemaah, mengaji, Isya'' berjemaah dan terawih. sampai pukul 9 lebih baru masuk prep.

Sebab dah boring makan kat DM sebab sesak sangat, ramai orang kan, aku dengan membe aku, buat keje gila, kiteorang berlakon bua-buat sakit, then stay bilik sakit. exco kesihatan, bawakkan makanan untuk kiteorang. best tuh. bed break fast! then, dapat excuse dari senior tak payah solat terawih. solat maghrib dengan isya' pun tak payah berjemaah. nasib tak kantoi! aku memang nakal dulu. :)

Time form 5, dah start stay rumah hanim, so, the whole bulan ramadahan tuh buka dengan family hanim. tumpang kasih sayang family hanim. haha. nasib baik ada orang nak bagi tumpang! teringat time pergi bazaar depan sekolah tuh dengan hanim. borong banyak-banyak, dengan pakai baju sekolah nya. kiteorang redah je! balik rumah, baju sekolah bau asap ayam golek! ouh! ayam kfc tak ori! dulu ada makcik tuh bukak gerai kecik je depan jpj tepi jalan. tapi customer dia beratur ramai gilos. ayam kfc dia sepurb marvellous. aku dengan hanim adalah regular customer makcik tuh tau :) tak tahu lah sekarang ada lagi ke tak. kene tanya orang muar nie.



2.Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.




nie roommate. tiqa dengan mai. lagi sorang aini. tapi mai dengan aini pergi maktab. so, tinggal lah aku berdua dengan tiqa. bilik kiteorang terus jadik banglo! :)





bebudak aras! boleh masuk metro ruang salam perantauan tak? 





roomate : tiqa :)





buka puasa dengan budak aras kat cafe. time nie lah baru semua dapat duduk semeja tapi tak sekerusi.





hye twinie. rindu kau!



Bertempat di Kuala Pilah. First time merantau luar Johor Bahru. Seronok dan banyak benda baru yang aku belajar kat situ. Termasuk lah belajar berpuasa jauh dari keluarga. Tapi kat sana ramai kawan-kawan. Jadi keseronokan berpuasa kat sana tetap dapat dirasa walaupun jauh dari family tersayang. Tak silap aku,  class still berjalan macam biasa walaupun bulan Ramadhan. Dari dewan kuliah, nak ke bilik, sangat lah menguji kesabaran. Lagi-lagi kalau panas terik. Haus! Sebab struktur bumi kat situ adalah berbukit. Bukan calang-calang bukit, okay? Nie bukit yang ala ala Batu Caves. Agak agak kau nak practise before pergi sana, boleh lah try dulu kat KMNS eh.


Kat sana ada bazaar jugak. Kat tapak apa entah. Depan blok budak lelaki. Banyak makanan yang dijual. Kalau dah jemu makan kat cafe, boleh la korang pergi bazaar. Memang meriah! Atleast kiteorang dapat jugak merasa ala ala outing gitu. Haha. berbuka puasa bersama roommate dan budak aras adalah acara kemuncak. Berkumpul kat mana-mana bilik, duduk bersila kat lantai ramai-ramai, bentang surat khabar dan mengadap makanan yang sangat banyak. Well, nafsu makan semasa puasa. Itu normal. Bertukar-tukar makanan juga tradisi kami. Dari bilik ke bilik. Ouh! meriah.


Waktu sahur pula, semua pun semangat nak bangun sahur. Dan its normal too, on the early bulan ramadhan je semua semangat nak bangun. Dah lama lama, semua liat. Haha. waktu sahur tak ada bazaar okay. Tapi cafe tetap buka. So, kiteorang sahur di cafe je. Menu yang selalu aku makan time sahur, nasi goreng dan sardin! Marvellous! Air pulah tak teh tarik takpun teh o suam. Selalu rajin turun cafe dengan roommate lah. Kalau kiteorang rajin, kiteorang pergi surau. Solat subuh berjemaah sekali. :)



3.Universiti Teknologi Malaysia.




sebab entry pasal puasa, aku cari gambar yang semua pakai baju kurung. eh eh, hijau! :)






last puasa, sempat juga buka puasa dengan dieorang. aku dengan eda pergi bilik ecah kat ktr.





buka di MCD bersama miza dan.....






azwa dan emma senget :P



Nie tak payah nak perantau sangat lah kan. Weekdays je buka puasa di kolej atau di bilik gegar. Weekends wajib lah balik rumah untuk buka dengan family. Kat sini lagi meriah bazaar dia. Berlambak-lambak. Tapi aku paling rajin pergi bazaar depan FAB tuh je. Time puasa nie, bersamaan dengan hari test shot unit studio untuk kovo yang ke-45. So, boleh dikatakan hari-hari buka dengan bebudak kelab. Pergi bazaar sama-sama, beli makanan sama-sama, makan bersila reramai di bilik gegar. Main tukar tukar air dan kuih. Lepas tuh pergi terawih dekat MSI. Time nie aku selalu pergi dengan Ed Ashikin. Balik dari terawih terus test shot.


Buka puasa dengan budak course pun ada jugak. Tapi mostly dengan budak perempuan je lah. Aku, emma, azwa dan miza. Beli makanan kat cafe, bawak naik atas, makan dekat depan bilik. Meriah kot, even kami berempat. Kiteorang ada jugak pergi bazaar sama-sama. Tapi jarang. Sebab macam leceh, kene naik bus bagai. Time tuh tak ada drebar lagi. Haha.


Konklusinya, even jauh di ‘perantauan’, jauh dengan family, tapi puasa tetap kene puasa ye. Sahabat-sahabat juga family kita. Family kedua! :) kenangan tuh semua tak mungkin lah aku delete. Golden experience tuh. Tak boleh beli kat mana-mana. Kat bazaar pun tak mungkin ada jual. This year dapat puasa di rumah. So, dapat berbuka puasa dengan mak, abah & family puas, sepuas-puasnya. Besides, ada jugak buka dengan family kedua. Next year, kalau dipanjangkan umur, dapat lah jumpa bulan Ramadhan lagi. InsyaAllah. Time tuh tak tahu lagi buka kat mana. Wait and see!







Thursday, August 11, 2011

Allah lebih sayangkan Aliya.


Assalamualaikum =)


Last post pasal ALIYA sakit kan, tapi nie post pasal ALIYA dah tak ada. Allah lebih sayangkan ALIYA. Malam semalam, time discuss dengan Aten sambil beronline, aku pangku aquarium dia, sampai lenguh kaki aku. Aku cakap dengan mak, nak bawak ALIYA masuk bilik, nak tidur sama-sama dengan dia. Tetiba je rasa macam tuh. Around 2am, aku tengok dia dah makin landing. Kalau tadi dia still boleh berdiri@duduk (aku tak paham bahasa badan ikan). Time tuh aku dah start gelabah. Aku ketuk ketuk aquarium dia pun tak ada respons apa apa. Aku try pegang dia, pun sama. Tak ada respons. Dia just gerakkan ekor dia sikit sikit. Insang dia masih gerak gerak which means, dia masih bernyawa lagi. Then time tuh aku dah start nangis. Plus tweetland pun semua tanya tanya. Air mata merembes laju. Ikutkan hati tak nak tidur. Tapi nanti takut pening kepala, paksa jugak mata nie tidur. Letak aquarium dia atas meja betul betul sebelah katil. Tengok dia, sampai tertidur.


Bangun pagi untuk sahur tuh, aku tengok dia masih bernyawa. Syukur. aku pun sahur, lepas tuh terus naik atas. Nak tengok dia. Ya Allah. Dah terbaring terus. Cepat cepat aku pegang dia, then dia lompat sikit terus habis. She was died. ALIYA dah berada kat dunia lain sekarang. Terus nangis laju laju. Lepas solat, mengaji, sedekah kan Al-Fatihah untuk dia, terus bawak dia turun bawah. Bagitahu mak dengan abah. Mak ajak tanam dia. Kiteorang tanam dia kat pokok bunga mak. Pokok bunga kenanga. Aku yang nak kat situ. Sebab pokok tuh sentiasa ada bunga, then bunga dia pun sentiasa wangi. So, pokok tuh akan sentiasa wangi. Aku nak pusara ALIYA pun sentiasa wangi.


Lepas dah tanam, aku basuh aquarium dia. Sedih! Sambil basuh tuh pun rasa nak nangis lagi. Tapi control je. Sebab nanti abah ketawakan. Abah siap cakap camnie, “ nak abah belikan ikan baru tak?” abah nie, orang tengah mood berkabung nie. Aku pergi dekat aquarium JOHNNY, bagitahu dia yang ALIYA dah takde. JOHNNY tak bagi respons apa apa pun. Dia pun sedih kot. =______=


Masuk bilik tidur. Dapat jumpa ALIYA dalam mimpi. Bangun tidur nangis balik. Uish! Penangan ALIYA. Macam manusia! Tak kesah lah orang nak cakap aku over ke apa, yela, kan ikan je pun. Tapi, peduli apa aku. Once aku dah sayang, sampai bila-bila pun aku tak nak hilang benda tuh. Semoga ALIYA gembira kat dunia baru dia. Kalau diberi peluang nak jumpa ALIYA kat syurga nanti.  InsyaAllah.



nie time dia dah terbaring tuh.




dia dah tak mampu nak gerak gerak sangat.





she already there. not in the same world like us.





T_________T






selamat jalan ALIYA.





siap tabur bunga.






Sedikit review pasal ALIYA :

  • Tengok Fatin dengan Nabil bela ikan laga, aku pun nak juga. Suruh abah belikan. HOLES milik Fatin & HASSAN milik Nabil. HASSAN juga senasib dengan ALIYA.

  • Mula-mula teratak mahligai dia kecik je, pastuh aku mintak abah belikan dia bungalow. Siap ada batu- batu colourful tuh. Plus globe love tuh. Globe love tuh kak shiro yang bagi.
  • Nama tuh combination of my name dengan someone.
  • Start jadi milik aku, entah bila. Tak ingat. Tapi around April or May.
  • Peneman setia aku time stay up kat UTM. Tak kira lah time study ke, tengok movie ke, lepak ke, online ke. Apa apa lah. Dia selalu dengan aku.
  • Kalau every weekend aku balik, roommate aku, Emma, yang tolong jaga kan dia. Emma selalu dengki denga dia, sebab aku sayang dia lebih dari aku sayang Emma. ( lakonan semata-mata, Emma tetap no.1)
  • Time makan dia pukul 630 petang, dan time mandi dengan dia, setiap pagi hari Ahad.
  • Aku suka cakap dengan dia. Time aku happy, time aku sedih, time aku penat, time aku stress, dan juga time aku gila meroyan.
  • Hari tuh time pergi Sabah, terjumpa satu tapak sulaiman nie. Cantik, besar! Nak belikan untuk Aliya, tapi tak sempat grab. Dah sibuk shopping benda lain, sampai terlupa.
  • Lepas nie, JOHNNY dah tak ada gang nak kembang-kembang ekor.
  • Dah tak ada sape nak teman mak mengaji. Sebab mak selalu mengaji kat sebelah aquarium dia.
  • Hah! Aku pernah tertarik ekor dia waktu bersihkan aquarium dia. Teruk kene marah dengan abah time tuh.
  • Dia pergi tinggalkan aku dengan JOHNNY.  11 August 2011. 620am.



Tadi petang tengok atas meja dah tak ada ALIYA. Dan sekarang dah RINDU ALIYA. Balik terawih tadi, tengok je pasu bunga yang ada pusara ALIYA. Tak boleh buat apa apa. Aku kene REDHA. Syukur. aku diberi peluang untuk jadi penjaga dia walaupun bukan dalam jangka masa yang lama. Aku bukan penjaga dia yang baik, sebab tuh la dia kembali pada Pencipta dia. Dan aku yakin, dia lebih bahagia kat sana. =)

Ada sape sape nak bagi hadiah ikan kat aku lagi tak? =_______=

BYE!


Wednesday, August 10, 2011

Aliya.

Assalamualaikum =)


Korang ada haiwan peliharaan? Korang sayang dia? Kalau dia sakit korang sedih tak? Haha. intro tak boleh blah. Okay. ALIYA sakit. Tadi petang after mandi tergerak hati nak duduk berbual dengan ALIYA. Sebab rasa macam dah lama tak buat macam tuh. Busy sangat. Kalau dulu hari-hari aku yang bagi dia makan. Sekarang, sekali sekala je. Yang selalu tolong bagi makan, abah lah. Then, petang tadi time bagi dia makan, dia tak macam biasa. Selalu once aku dah ketuk-ketuk bekas makanan aquarium dia, sure dia terus naik ke atas. Ready nak makan. Tapi tadi, even aku dah masukkan makanan dalam aquarium dia, dia still tak bagi response, baring je. Aku ketuk-ketuk aquarium dia, pon sama je.


Aku letak aquarium JOHNNY sebelah aquarium ALIYA. Tapi JOHNNY je yang beria kembangkan ekor semua. ALIYA tengok je. Terus aku bagitahu emak, siap nangis sekali time bagitahu tuh. Tak tahu la kenapa sensitive sangat. Mak cakap, nak buat camne, dah dia sakit. Kalau dia mati pun dah ajal dia. Lagi lah aku nangis! 


Badan ALIYA pun dah tak macam selalu. Should be badan dia colour merah + biru. Tadi badan dia colour merah + putih. Mungkin colour biru itu sudah pudar?

No matters what, ALIYA kene sembuh as soon as possible. I do LOVE ALIYA so much. Dia selalu teman aku study last sem. Aku tak nak ada yang menjadi pengganti dia. Aku nak ALIYA juga. Hope ALIYA will get well soon. Nak bawak pergi clinic boleh tak? Tapi clinic haiwan pun aku tak tahu kat mana.

Uda cakap, ALIYA bukan sakit tuh, dia letih puasa. =_______= apa kejadah entah dia fikir camtuh. Saje nak sedapkan hati aku kot. Tonight aku nak tidur dengan ALIYA.



time nie baru belikan batu colourful tuh untuk istana dia.




aku online pon dia selalu teman.





i do love you aliya.





nie tadi. aliya dah start sakit.





terbaring je. tak gerak-gerak naik atas.





JOHNNY datang pun dia buat bodoh je.





nie bukti dia tidur dengan aku malam nie.


please praying for aliya. semoga dipanjangkan umur.
BYE!

Second Family.


Assalamualaikum =)

Semalam puasa yang ke-9 tapi untuk aku baru yang ke-4. Dan semalam mengharungi puasa bersama mereka. Berbuka juga bersama mereka. Tidak ketinggalan menunaikan ibadat terawih dan bermain bunga api bersama mereka. Alhamdullilah. Gembira nya tak terkata. Meriah kelab semalam, even arked meranti tuh dah tak ada orang. Memulakan operasi mencari juadah berbuka puasa di bazar Taman Universiti. Semua pun aku nak beli. Dasar nafsu mengatasi segalanya.


Dari kelab lagi dah decide nak beli ayam golek. Nak share dengan Amin & Aten. Setibanya di bazar, terus beli kuih tepung pelita. RM4 dapat 10. Best sebab kuih tepung pelita dia sedap! Lepastuh jalan-jalan, usha makanan , misi mencari ayam golek. Sampai kat penghujung bazar tuh, ayam golek masih belum jumpa. Terus assume, dah habis. Beli lauk ikan patin masak lemak gulai tempoyak. Nasi putih nabil dah tolong masakkan kat kelab. Jalan-jalan, usha tampat jual bunga api pulak. Tak meriah lah gerai bunga api kat sini. Kalau dekat bazaar Kg. Melayu Majidee & Taman Suria, pergh! Gerai jual bunga api & mercun tersangat lah meriah. Sampai kau tak tahu nak beli kat gerai yang mana satu. Dekat bazar Taman universiti nie, ada SATU je gerai yang jual bunga api.


Hah! Jalan depan sikit, depan sikit. Sekali jumpa abang ramai-ramai tengah golekkan ayam! Ayam golek! Ayam golek! Excited aku dengan amin memang tak boleh dibendung lagi. Terus berlari pergi beli. Haha. rasanya it was my first time makan ayam golek. Gila jakun kau! Sally, Aten, Amin dengan aku share. Beli separuh dengan harga RM9. Mission accomplished! Patah balik pergi beli bunga api. Borong dengan Aten sampai RM7. Aten beli nasi lemak kukus & Sally beli ikan pari bakar. Air? Semua beli Air Kathira Abu Bakar. Sian Nabil, air kathira dia tak original. Next time, aku belanja kau Air Kathira Abu Bakar yang original punya!


Waktu berbuka juga sangat meriah! Biasalah kami. Ketawa tuh tak mungkin boleh dipisahkan. Makan sampai perut senak. Lepas tuh dah susah nak bangun, susah nak solat. Tapi KENE juga. After maghrib tunggu  azan isya’ dan pergi masjid pula. Masjid Sultan Ismail. Kebanjiran foreigner memang tak boleh dibendung lagi. Macam-macam ragam. Mereka bawa anak sekali. Anak dah besar takpe, nie kecik lagi. About 1 to 3 years old. Memang budak lagi lah! Honestly speaking, aku kurang khusyu’ semalam. Bisingnya jangan cakap. Yang menangis, yang main kejar-kejar, yang tarik telekung, yang berbual dan yang ketawa. Tengah sujud, budak langkah kepala korang. Pengalaman! Dan yang best pula, solat terawih semalam dapat berimamkan imam dari negara Palestin. Bacaan ayat Al-Quran beliau sangat merdu. sedap! Alhamdullilah.


Amin Nabil Wany




Ee Acong Kecheq




tepi tuh kaki Shrek, Nada Sally




dan bersama Aten. hah! tuh air Nabil. air kathira tak ori dia :P




perut nak cover je!





Pukul 10 baru habis 8 rakaat terawih + 3 rakaat witir. Dan juga sedikit tazkirah. Balik terus excited nak main bunga api. Seronok! Macam kembali ke zaman budak hingusan. Main bunga api, pusing-pusingkan bunga api, snap-snapping, lompat-lompat, ketawa, ketawa dan ketawa. Paling best, time semua gelabah lari sebab ingatkan pak guard! Berlari semua termasuk lah aku! Haha. credi tuh abang kedai photostat sebelah tuh sebab bagi pinjam lighter. lepas dah puas berseronok, harus pulang ke teratak. Mak dengan abah dah risau. Hantar aten ke rumah beliau, dan aku juga pulang ke rumah dengan selamatnya.


Aten. yang tuh special pose untuk Nabila Aidit ye. *saje bahan kau balik! :D





Wany. tak ada nya main bunga api statik camnie.





hah! nie lah budak bajet kanak-kanak hingusan yang nak main bunga api sangat tuh. semua orang pun terpaksa layan dia.



Amin. dialah yang bertanggungjawab menghidupkan bunga api kami. terima kasih!



Tak berakhir di situ. Amin buat group video call dekat skype. Excited semua orang! Siap snapshot bagai. Aktiviti baru! timeline twitter pun tak laju sangat malam tadi. Sampai pukul 2 kalau tak silap. Semua gara-gara zaim. Skype dia version lama, then time video call gambar dia tak keluar-keluar.  Eh, aku dah start rindu korang! Esok jumpa lagi ye =)


Notakaki : Nur Amin adalah leader bahan orang. Bermula dgn firefly sampai lah credit YES. Kuncu-kuncunya adalah Aten, Kecheq, Ee, Nabil dan mungkin ramai lagi. Terima kasih ya =)

BYE!