Friday, December 31, 2010

seronok + penat = enjoy ! -episode1-

Assalamualaikum =)

Ape khabar dunia? setelah berhari-hari berada tanpa lappy di sisi akhirnya hari nie berjaya online, bertweet, berblogwalking, etc. enjoy gilos berada di n9. even penat yang teramat sangat tapi still enjoy the moment. penat lelah tuh terbalas apabila feeling of happiness tuh satu bus (semua budak yang join practical) share it together. mereka super gonjeng! never feeling of regret bila join club nie. they already making my days! thanx everyone.

Hari selasa, seawal jam 430am, aten da jadik jam loceng aku, pija dengan fatin. sangat semangat mereka. aku jugak la yang liat nak bangun. gigih kiteorang bangun seawal itu, dan mandi bersama air yang sangatssssss sejuk. haha. pukul 550am, afi tolong antarkan kiteorang pergi pejabat HEMA. kiteorang kene berkumpul kat situ. sejurus azan, semua solat. pastuh tolong angkat-angkat barang dari kelab. bila semua berkumpul, briefing kejap, baca doa dan kiteorang pon bertolak. memang semua pon bantai sambung tido laa dalm bus kan. kiteorang stop kat R&R pagoh utk breakfast then continue the journey.

Da sampai kat Port Dickson, semua orang da bangun. usha-usha tempat orang. first destination yang kiteorang pergi utk click-click adalah MUZIUM KOTA LUKUT. time kiteorang sampai tuh, tempat tuh tak ada orang sangat. lepas load filem semua, everyone bergerak mengikut group masing-masing. kat situ aku blur-blur lagi. nak ambik gambar ape, guna technique ape. tapi ape guna ade fasi kan? haha. so, acong tolong bagi idea. da puas ambik gambar semua, kiteorang pon menuju ke hotel kami.  Hotel Mesra. memang mesra abes la kan! mesra la sangat! service hampeh. tapi alhamdullilah, masih diberi ruang untuk berteduh. aku dapat satu bilik dengan NADA,ANA,ATEN & PIJA. bilik yang sangat kecik tuh kami share seramai 5 orang. less of comfortable. tapi redah jerk laa. setakat tempat untuk tido dengan salin baju jerk. bole laa.

Lepas makan, solat, kiteorang terus memulakan main activity kiteorang balik. this time kiteorang pergi melawat ostrich, monyet, ayam, rabbit dengan iguana kat OSTRICH FARM. name jerk ostrich farm tapi, macam-macam binatang ade kat situ. pastuh moment paling best, aku dapat naik ostrich babe! sangat la takut sampai semua pose penakut aku atas ostrich tuh dapat dirakam kan di dalam camera mereka budak-budak kelab. siap sedia la bile dieorang da uploads kat fb nanti ea. haha! kat situ kiteorang try makan sate ostrich. satu cucuk rm1.70. not bad laa. tapi liat sikit. nasib baik tak tercabut gigi gua. haha. abang yang bakar sate tuh adalah abang yang sama guide sape-sape yang naik ostrich = ABANG GATAL! haha. makcik yang jaga farm tuh sangat la baik, semua orang dapat sijil penghargaan naik ostrich even dieorang tak naik pon. haha.

Next, kiteorang pergi TELUK KEMANG. kat situ sangat la banyak scene yang cantik untuk diambil gambar. yela, sampai pon da nak senja. the beautiful scenery there. macam-macam jugak yang aku belajar dekat situ. excited bertemu pantai jugak tak dapat dibendung apabila gedik-gedik dekat air tuh. main percik-percik air tuh. dalam tentatif tak ada plak aktiviti mandi pantai beramai-ramai. so, kene pendam kan jerk la hasrat murni tuh. haha. lepas makan malam semua, kiteorang set up la tools untuk night photo. this time, group dicampur-campurkan. group aku combined dengan group jeb(pengarah program) plus zaim dengan wani dari group alip. time set up tuh, suddenly hujan lebat sangat. berlari lah kami semua carik tempat berteduh. a little bit of dissapointed sebab tak dapat buat night photo. tanpa membuang masa acong ajar kiteorang uses of flash. berdedikasi kan fasi aku? haha.

Bila hujan da reda sikit kiteorang pon kene berjalan pulang ke hotel. ye, BERJALAN kaki pulang. haha. sangat jauh menyebabkan kepenatan yang melampau. haha. sampai bilik, mandi, solat terus tidur. entry kali nie tak ade gambar sangat sebab terlupa nak snap picture sendiri. tak sempat laa. lagipun everyone were given assignment. so, lebih banyak ambil gambar menggunakan camera kelab. nanti da dapat soft copy nya, aku tempek banyak-banyak kat blog nie ea?

si gedik bersama kaca mata jeb.haha.

wait for the next episode yaa.BYE!

Monday, December 27, 2010

Dua Post Dalam Satu Entry Jadik Panjang Berjela-jela.

Assalamualaikum =)

Tajuk entry memang ade kene mengene dengan post ea. haha. disebabkan semalam tak dapat update belog di atas sebab bukan di bawah, kiri mahupun kanan sebab, sibuk dengan praktikal kfk. semalam pon balik dari kelab around 1. blogwalking secara rambang, dan tidur. gua memang caring kat para blogger tuh yang sempat jerk nak blogwalking even penat yang teramat sangat. sila terharu sekarang!

Semalam pagi around 11am abah antar balik UTM dan terus ke kelab. time tuh da ade aten, pija dengan fatin. sampai kat kelab jerk dieorang ajak pergi makan kat meranti. aku join jerk sebab makan tuh kan hobi semulajadi aku. okay! tipu. sebab before gerak balik UTM aku da breakfast soto. kenyang lagi. jadik follow dieorang jerk sebab kalau tak, aku sorang-sorang jerk kat kelab. tak manis la kan bila dalam satu bilik tuh ada 7 lelaki dan hanya ada seorang awek cun *angkat kening :)

Balik dari meranti, check in bilik plak. aku stay dengan dieorang kat kolej 11. kiteorang sewa satu bilik jerk. tuh bilik pija. pija suro ckp bilik dia banglo yang complete with any facilities. memang complete gile woo. haha. macam sewa banglo betul la. haha. kalau aku tak cakap camnie, nanti pija halau aku. so, cakap jerk la kan. haha. memang sweet la tido ramai-ramai camnie. heaven kot! meriah gituuuuu. ambik katil dari bilk fatin. jadik masing-masing mendapat satu tilam dan bole tidur dengan selesa nye.

Da siap solat semua kiteorang pergi tuang minyak kereta afi sebab da cuak, dekat metre tuh da ade lampu merah. sekali kami tertipu sebab lampu tuh da rosak so dia memang akan menyala sahaja. even minyak penuh.ceiittt. tak ape la. then balik kelab sebab ade class dengan abang DJ pasal studio lightning. aku tak join pon sebab secara tiba-tiba, qila msg ajak berongeng bersama shahir dan wafi.

Qila ambik aku kat UTM then terus pergi CS. bajet dapat jumpe fad kat sane. sebab fad cakap dia pon nak pergi CS dengan akak dia. sekali da makan kat mcd semua, call fad, dia tak gerak pergi CS lagi. kiteorang pon tukar plan. plan seterusnya pergi Danga Bay untuk kayuhan amal mengecikkan peha aku disebabkan makan fries mcd. percaya ke? gila la kalau korang percaya :P

Aksi-aksi di DB sangat la di luar jangkaan pemikiran manusia normal. kerana kiteorang beraksi macam tak ada orang lain kat situ. macam DB tuh bapak kiteorang yang punya. tapi mereka sangat sporting. lantak la orang nak cakap ape pon, janji kiteorang enjoy gilosss! non-stop-LAUGHING ! sangat seronok plus plus plus. berbasikal dengan aksi-aksi drift, naik bukit yang tinggi, pastuh lagi sikit nak dekat level stabil atas bukit tuh basikal tuh da mengundur balik, masing-masing tahan pakai kaki, bawak laju-laju, shahir dengan wafi tegur semua orang yang lalu lalang dengan selambaaa badak dieorang, tengah-tengah kayuh pedal kat part wafi tercabut, lalu kat lopak air yang sebenar nya ade lubang yang besar lagi dalam, memang macam nak terbalik basikal tuh, dah la basikal tuh da uzurrr plus kokak yang teramaaaaaatttttt la sangat, pastuh lumba basikal dengan budak tak matang berambut merah,sure la kiteorang kalaaahhhh. hello, basikal awak tuh 2 tayar, basikal kiteorang 4 tayar. plak tuh dengan muatan berat atas tuh memang la kiteorang tak boleh menang. yang tak bole blah tuh, bole ajak repeat lagi skali tuh. sengal! haha.

Tapi sangat malang, tiada gambar yang dapat di snap bersama akibat aktiviti ketawa sampai semua urat-urat perut tegang. pipi-pipi dan mulut jugak mendapat latihan unlimited ketawa. da lame tak gelak macam orang gila macam tuh. turun basikal jerk masing-masing pergi toilet, buang air laaaa. da ketawa macam orang gila. abes semua air-air berada di level bawah pundi kencing. haha. pastuh shahir belanja dieorang air tin yang satu tin rm3. mula-mula aku nak ambik jugak, sebab shahir cakap bukan senang dia nak belanja. setahun sekali, tp bile shahir bayar rm10, mamat bangla tuh cakap tak cukup dan lagi rm2. aku terus letak balik. aku sempat sound balik, kat UTM, rm3 tuh bole dpt 2 tin tahu tak? mamat bangla tuh sengih-sengih bajet handsome.

Pastuh qila antar aku balik UTM. ikotkan ati memang la nak join dioerang tengok bola malam nya, tapi aku ade class practical. memang tak boleh skip la. sebab nak discuss sekali pasal assignment presentation kiteorang. nasib baik faiz da buat kan slide. so, just tambah sikit-sikit, masukkan temp;ates dan pahamkan. malam tuh aku, aten, pija dengan fatin plan nak makan dekat meranti. lepas maghrib terus jalan kaki pergi meranti. gigih! bole kurussssss sebab jauh gilo! sekali sampai meranti semua kedai TUTUP. memang tak berbaloi. call afi tanya nak pinjam kereta then pergi makan kat mcd. aku makan mcd dua kali sehari. sebab time pergi CS tuh pon aku makan mcd. haha. lantak lah janji perut gua tak gendang gendut tali kecapi.

Abes class, balik bilik, basuh baju, angkat tilam, solat, blogwalking dan tidddddooooooo.

Pagi tadi pergi kelab naik keta afi. breakfast dan terus bergerak ke PSZ. presentation by all groups and abes pukul 2pm. makan, solat dekat masjid, lepak-lepak jap. plan nak pergi UMall. nak carik tudung, makanan, minuman. haha. bekalan untuk ke praktikal. al-maklum la, kami semua memang jenis manusia yang berperutkan tong drum. haha. balik dr UMall ,aku dengan aten dapat balik bilik sebab group discussion kiteorang malam nie. Pija dengan fatin terpaksa pergi ke kelab semula. selepas puas bergossip bersama aten comel, aten comel pon tidoooooooo dan aku menghupdate belog. sebab tak nak postpone cerita. :)





pose gedik : PIJA. credit to KECHEQ sebab pergi masjid pinjam selipar dia.




aten , fatin , biha , pija .



pija pro woo ambik gambar ramai-ramai tanpa memerlukan khidmat bantuan orang lain mahupun selftimer.



mereka shopping even hanya di Giant!



*kebosanan sambil menunggu aten dan pija carik belt , fatin carik trshirt sambil call en.pemantau.haha



di awal pagi.tengok pose pija.tuh yang aku tiru kat gambar atas sekali tuh.



BFF aku , hanim ade problem. tapi aku tak dapat nak solve out problem dia. dia jugak sakit dan MC arinie. sory, dear! i cant help u now. nanti settle keje aku malam kang, aku call kau ea. be strong! prayer with u. InsyaAllah. en.boyfie dianak tirikan. sory ea, en.boyfie. nanti da free i msg u =)
okay.gtg.BYE!

Saturday, December 25, 2010

Berjimba-jimba Pada Hari Natal.

Assalamualaikum =)

Selamat hari natal semua atau merry christmas to everyone who celebrated it. amacam jumpa santa claus tak? dia bagi ape kat korang? lets share with me. haha. Celebration dekat Jusco Tebrau City sangat meriah,okay. sampai line up orang nak tengok movie sampai kat Baskin Robbin. Jb-rian sure tahu. padehal bukan lah TGV kat jusco tuh bagi ticket free mahupun lelong tiket wayang. tapi mereka gigih jugak untuk memberi sumbangan berbentuk wang kepada pihak TGV. tahniah!

I'm one of that people. tapi bukan mereka-mereka yang kene line up sepanjang ITU ! ye ! itu ditaip dengan bantuan caps lock kerana itu memang dahsyat. haha. aku bersama kawan tercinta gigih ye bangun seawal mungkin walaupun tertido lepas subuh. ayat 'ter' adalah auotaaaaaaaaa belaka. maka kami bersiap-siap dan terus menuju ke destinasi dengan terpaksa skip secara nicely the lovely breakfast. Alhamdullilah. orang memang da ramai tapi masih di level stabil. and we're success to grab the GULLIVER'S TRAVEL 3D at 11.45. dan pada saat itu jam menunjukkan pukul 11.15.

Kami terus ke KFC untuk breakfast. kau ingat kau omputeh breakfast kat KFC? tak ade la. kami terpaksa atas desakan perut yang melampau. haha. selepas sarapan bergegas ke toilet untuk membuang ape yang patut di situ, beli popcorn + mineral water, take the 3D specs and MOVIE !!








amazing!sangat best!4 out of 5!


sweet ever! =)

Memang da bom la movie nie. owh! ya! hari nie adalah hari membazir kami sedunia atau hari menjadik sahabat syaitan. sebab kan kami beli popcorn 2 dan kedua-dua nya pon tak abes. kalau disatukan seolah-olah boleh dijual semula kat kaunter jual popcorn tuh. yang tak boleh belah tuh, ade orang tuh kan *tersedak! sempat offer kat chinese guys depan. malang nya, popcorn mereka juga tidak abes. haha.

Habis sesi movie, ayuh la bershopping. aku beli pinkesyh luggage, cardigan, barang-barang di Guardian ( preparation untuk ke N9 ). kami melantak di Nando's. sangat gampang berada disana kerana keobsesan kami untuk bergambar tanpa menghiraukan orang sekeliling mahupun baby di table sebelah. haha. di nando's jugak berlaku pembaziran apabila roti dan salad tidak lansung disentuh oleh kami. maaflah. kami nie memang orang kampung ceruk gila babeng. *orang kampung pon reti makan laa. kiteorang jerk yang jakun teramat sangat! haha. inilah hasil nya bila kesengetan melanda kami : 









ceria di samping luggage baru?amacam bau kedai semerbak tak?



okay!itu dia...anem senget =)



air itu kan...sangat yummy.tapi anem senget suka ambik part aku! awas kau!



akibat tiada cameraman/woman untuk kami, maka aku tak pandang camera.*gediks!



si pelahap yang tengah melahap =)





Sangat gigih la tuan luggage tuh bawak dia ke sana sini. nasib baik la kau comel. kalau tak memang tak hinggggiiiiiinnnnnnn aku. haha. baju untuk ke praktikal already packed! dengan bantuan anem senget tuh. terimas yee. dan juga atas bantuan amy sayang a.k.a imiarron, beliau ajar aku basic composition photography. preparation ke praktikal. cuak kot. pemikiran gua tak mantopss lagi rasenya. need more and more explaination dari senior.

Okay. mahu tido. esok sudah mahu pulang ke pangkuan UTM.
en.boyfie TAK msg aku lansung hari nie. ye! TAK MSG LANSUNG. apekah? =_______=
BYE!

Friday, December 24, 2010

Percubaan memasak.

Assalamualaikum =)

Bertemu kembali ye pada hari nie. haha. bajet-bajet macam live show program la nie kan. haha. hari nie berjaya untuk bangun awal sikit. alhamdullilah. berjaya jugak untuk masak nasi goreng. ape? tak percaya? lantak kau la. aku caye. haha. yelaaaa. aku masak nasi goreng. ala,setakat nasi goreng tuh ape la sangat kan? *sila baca dengan tone berlagak yang amat ea. haha. sedap ke tak sedap tuh aku tak dapat la nak judge for myself. sebab sekarang nie ape jerk yang masuk dalam anak tekak aku, aku akan rasa tawar. agak-agak kalau nak tahu ape rase nasi goreng yang aku masak tuh, pergila tanye mak aku ye. mak aku salah seorang mangsa yang terpaksa makan masakan aku hari nie. tunggu malam sikit kan, tengok lah sape lagi yang akan jadik mangsa tuh ea. haha. si budak kecik poyo banayk mulut a.k.a Danish cakap........................................................................................ tak sedap! haha. budak kecik memang tak pandai menipu. betul la tuh kot.tak tahu la kalau dia saje geram dengan aku sebab aku kan pembuli tegar dia kat rumah nie. ade aku kesah? sikit pon tak heran :P








see the leg laa :)

Tuh gambar lepas da berejam-rejam masak. makanan dalam perut pon da sempat hadam. haha. tak sempat lah nak capture gambar time asap berkepul-kepul tuh. haha. tengok tuh siap ade ayam goreng lagi taw dalam timbunan nasi tuh. nie kalau en.boyfie tahu nie, mahu dia bangga tak berkata-kata. mahu jugak sampai terguling-guling kegembiraan bersama linangan air mata. wakakakakaka :)

Okay. gtg. kene ambik cik anem senget di tempat kerja beliau. malam nie ade peneman tido. dan esok ade plan baik punyeeeeee :)

BYE!

Thursday, December 23, 2010

Tahap kesihatan semakin pulih.

Assalamualaikum =)

Alhamdullilah.kesihatan semakin pulih.batuk dengan selsema jerk yang masih belum pulih sepenuh nya.so,masih memerlukan ubat to getting well.haha.hari nie busy dengan paperwork.so,da 80% complete.sangat gigih ye aku buat tanpa orang-orang penting di sisi.dengan format hentam dari aku,just edit yang already ade tuh jerk.pastuh sempat jugak la usha-usha tempat yang nak g practical nanti.macam best jerk.paling tak boleh blah salah satu tempat tuh adalah ulu bendul.ape ulu bendul?ye,ulu bendul.ulu bendul?haha.teringat zaman matrik.rinduuuuuuuuuu zaman matrik sangat-sangat!

Group practical nanti adalah terdiri daripada ACONG as our facilitator,FAIZ,PALI dan BIHA.sadis tak sadis la kan aku sorang jerk prempuan dalam group tuh.haha.tapi tak ape laa.i can survive it.insyaAllah.addition,dyeorg nie semua sangat la HEBAT!semua otai-otai photography tuh.saluteeee same mereka.haha.hope we can work and produce the great pictures nanti.we were given task about interior and architecture.so,nanti before pergi negeri 9 tuh,kiteorang kene present pasal nie bersama-sama group lain.cuak jugak la,sebab i'm totally have no experience dalam benda-benda nie semua but i'll do it hardly.doakan la yee.

Faiz ade jugak suro usha-usha pasal composition,white balance,iso,shutter speed,aperture tuh semua.tak lupe jugak camera film.sebab nanti time practical tuh tak semestinya guna digital single lens reflect (DSLR).kene ambik tahu jugakla pasal tuh.bertambah cuak la macam nie,haha.kene banyak buat revision lagi.ape kau ingat g practical tuh suke suki?haha.

Cik anem curious pasal en.boyfie.sungguh lawak!senget la minah tuh.esok da boleh jumpe dia.sebab esok kene ambik dia.housemate dia,aidani nak balik rumah for celebrating her birthday.nanti mesti ade jerk plan nak berjimba-jimba dengan anem.memang da ade pon!haha.please be nicely waiting for becoming entry beronggeng bersama anem senget yee.haha.













nie bebudak studio time konvokesyen ke 45 arituh



actually,dieorang lagi GILA daripada dalam gambar nie.

P/s : sory for the unrelated pictures.haha.miss all of them freaking bad!STUDIOooooooooo ~~~~

BYE!nak g msg en.boyfie :)

Wednesday, December 22, 2010

Tron Legacy dalam kedemaman.kedemaman = DEMAM laa..haha..

Assalamualaikum =)

Pagi yang indah tadi berjalan macam pagi semalam.Alhamdullilah :)
tapi kan,sekilas cerita sedih.boleh ke sekilas?boleh jerk la ea.aku tido balik lepas subuh.seperti biasa,bergegas melipat telekung dan sejadah.*kekhilafan diri.tapi serious laa.mata sangat mengantuk.*okay,salahkan mata ea!kepala berat sangat.*salahkan jugak kepala.bukan kelapa.haha.bersebab tuh semua.body temperature malam semalam memang tinggi sangat kot.every one hour,aku akan tersedar.lepas tuh boleh plak mimpi macam-macam.jangan tanya mimpi ape,sebab aku memang tak ingat lansung.banyak sangat kot.type of that dreams memang bercampur aduk la kan.dulu time kecik-kecik,asal demam panas jerk,mesti kene kacau time tido.kene kacau camne?aku akan mimpi something yang buruk-buruk.nightmare!nanti mak akan letak bawang kat jari kaki aku.sebab sambil bermimpi-mimpi tuh aku akan nonstop crying.tak expect la bile besar pon akan jadik macam tuh.bezanya aku tak ade la sampai nangis-nangis,then mak nak letak bawang segala tuh kan.

Last week memang da plan dengan uda,nak pergi tengok movie ari nie,sebab ari nie ticket kat Cathay City Square murah.murah-murah pon da naik rm1,okay!arituh aku tengok ngangkung still rm6 lagi.semua harga barang pon nak naik kan.naik laaaaaa.haha.so,mission accomplished even kedemaman.haha.so,tunggu uda datang rumah dan kami bergegas ke CS.parking kat Plaza Seni.pastuh kene cross jalan besar tuh baru la sampai CS.terus g tempat ticket,sbb konfem-konfem la orang ramai kan.lagi-lagi para muda-mudi.berlambak okay!haha.da dapat ticket pukul 2.10pm terus g makan kat secret recipe.

unique woo SR dia,sebab tgh2 kedai tuh ade escalator.

adik gedik dan kakak kededaman.


Service here,really really BAD!berzaman kot nak tunggu makanan sampai.pesan cake yang satu slice tuh pon setengah jam.can u imagine berapa lame utk others menu?uish!tapi sebab da lapar,dengan kedai makan semua da ramai orang.kiteorang tunguuuuuu jerk laa.aku makan sikit jerk.bole caye ke?haha.bole la.sebab tekak aku rase tawar jerk.makan chocolate indulgence rasa sama macam aku minum watermelon juice.haha.disebabkan makanan sampai lambat,kiteorang masuk cinema pon lambat.movie da start.tapi redah jerk.haha.

Yeah!TRON LEGACY.best doeeee.4 out of 5.best2.malas nak review-review nie.pergi tengok sendiri,okay.sure tak menyesal.

QUORRA.she is great!
sweet :) KEVIN FLYNN.sangat la handsome.melting i taw!

Serious best cite nie.kalau ade sesape nak belanja aku tengok movie nie,aku tak tolak punye laa.even da tengok tadi.haha.plan nak tengok cite Gulliver's Travel weekend nie.wait yaa...haha
Weh!gua da beli ubat batuk.haha.cap ibu dan anak lagi.dah tak tahan sangat la.asyik batuk-batuk.nak cakap pon susah.da la aku nie kepoh.nak ketawa-ketawa lagi.sian mamat sebelah aku dalam cinema tadi.mesti terganggu kan dengan kebatuk-kan aku tadi.haha.maaplaaaaaa.tak sengaja taw.tuh pon da puas aku tahan.tak nak batuk kuat-kuat.cover ayu gituuuu.haha.

yeay.tu dia cak ibu dan anak.sebab aku panggil ibu aku mak,so,aku nak cap MAK DAN ANAK!

Okay,tuan puteri mahu beradu sekarang.bajet tuan puteri la kau kan?hambekkkkk.haha.
*en.boyfie sgt sweet arynie.beliau jugak berjaya mengeluarkan peluh dengan jayanya apabila berkebun bersama-sama ayah beliau.haha.tapi sedikit sadis,kaki beliau injured akibat duri-duri di kebun itu ingin bermanja bersama beliau. :) BYE!

Tuesday, December 21, 2010

hari tak sihat adalah hari nie..

Assalamualaikum. =)

Sot set sot set.tuh memang kondisi hidung aku sekarang la kan.plus dia da bertukar tone colour.dah jadik colour merah.rasa macam bole pergi replace mane-mane badut yang dah nak pencen.haha.okay!even,demam,selesema cikgu,batuk.tapi tetap nak update blog.haha.

Nothing story.tapi nak update jugak!haha.gua kene pakse makan ubat tadi.sungguh tak rock la bile dah kene pakse kan.abah da start risau la.yela,next week da nak g practical.pastuh next week nye da terpaksa,kene naik sem baru.sungguh rasa sangat la ciput cuti yang diberikan.haha.

Aktiviti sepanjang cuti macam tak ade aktiviti jerk.makan,tidur,mandi,merayap,berfoya-foya.haha.psst.td feesuperdupergojes request 3 out of wishlist this year yang aku memang dream of tapi tak kesampaian kan.kau tahu aku bantai ape?


  1. BOYFIE
  2. SUZUKI SWIFT
  3. JEJAK KAKI KAT BEACH


Sangat la gedik ye yang nombor satu tuh.kalau da tuan badan choosy sangat memang bole book borang andartu online la kan.haha.pastuh yang nombor 2 tuh memang tak kan dapat la kan melainkan ade orang yang baik budi pekerti berhati mulia nak sedekah kat aku.konon-konon macam bile bangun tido jerk terus bukak tingkap then nampak swift sebijik kat depan gate,siap tinggal note,'just for u,lovely biha.'haha.meroyan lagi.pastuh yang nombor 3 tuh da nak hampir-hampir tercapai tapiiiiiiiiiiiiii masalah kesihatan BFF aku yang tak dapat diatasi.haha.lagi satu cuaca pon macam tak izinkan jerk.musim hujan kan.kang ade yang mati lemas pastuh abang bomba yang jumpe mayat aku plak tuh handsome gile kebabom,memang menipu la nie semua kan.haha.

Nanti aku post entry pasal wishlist next year ea.gtg.mahu tido.effect ubat batuk nie macam da nak sampai jerk.

psst.en.BOYFIE pon pakse i makan ubat taw.haha.sweet la u nie..ahakz!
BYE!

Monday, December 20, 2010

Di Hening Pagi

Assalamualaikum =)

Tak ade la hening sangat aku bangun pagi nie.tapi syukur Alhamdullilah.aku dapat bangun pukul 630am.dengan menggunakan perkhidmatan cemas dari alarm hp.kenapa macam happy sangat dapat bangun awal?sebab selalunye aku akan solat subuh pada keadaan matahari da menunjukkan sinar beliau yang sangat terik.atau dengan nama lain yang sesuai di zaman millenium nie adalah 'subuh gajah'.sungguh tak millenium.ade ke patut subuh gajah.ambik la subuh kucing ke hamster ke.kan comel sikit.oh!jangan emo.sebab i'm just follow the flow :)

One more thing yang terasa proud of myself adalah i've got to read Al-Mathurat pagi tadi.selalunye,lepas solat,terus bergegas melipat telekung dan sejadah dan terus mendapatkan bantal busuk yang berjumlah TIGA itu.haha.ye,ade 3.kenapa 3?sukeati aku la nak ade berapa pon.haha.

Then,aku rase bilik nie sudah sungguh la dipenuhi dengan lalang-lalang.messy okay!so,dengan berat matanye,ye bukan berat hati seperti perasaan normal lain.berat mata sebab,tak cukup tidur la.lagi mahu tanye kah?haha.aku pon kemas la segala macam buku-buku aku time sem1.ye,baru kemas ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekelian.haha.aku memang pemalas.FINE!haha.dengan habuk yang teramat la banyak,sampai keamanan hidung gua terjejas.hahaha.biaselah tuh.pesakit tegar resdung macam aku nie memang tak boleh langsung nak bermesra dengan habuk-habuk yang comel tuh.haha.

Aku da asingkan semua buku-buku sem1.kalau ade nak guna balik,senang la kan nanti nak carik-carik.sebab rasenye buku-buku tuh semua akan digunakan balik.tak kan nak terus buang atau recycle ke ape kan.beli mahal-mahal.kalau aku anak uncle tauke balak kilang bawah yang dekat jalan nak masuk area rumah aku tuh.tak ape la kan.haha.buku-buku SPM pon aku simpan lagi.tak tahu la kenapa liat sangat nak buang@recycle@sedekah kat bebudak yang nak ambik SPM.biar jerklaa.nak kumpul banyak-banyak.senang sikit nanti nak tunjuk kat cucu cicit,yang nenek dia nie pengumpul tegar buku-buku ilmuan,even didnt get the good result.haha.

tadaaaaaaa........

Untuk sementara nie,kat sini la tempat mereka.sebab tengah carik satu kotak yang lagi besar yang boleh muatkan buku-buku tuh semua.before nie,buku-buku matrik ade 2 kotak.buku SPM ade 2 kotak jugak.jadik azam kotak akan datang*kotak pon ade azam taw!,nak buat satu sem satu kotak.jadik ade 8 sem,so 8 kotak :).haha.nie yang tak sabar nak tunjukkan cucu cicit nie.haha.tapi macam impossible jerk.kau ingat bilik aku nie mini library ke?memang tak dapat la kan.tak cukup ruang laa.nanti la aku pikir nak buat ape dengan buku-buku nie.

Rase kan macam nak sambung tido balik.menguap da brape puloh kali da nie.jangan terlajak sampai tengah hari sudah la yee..

*en.boyfie tak reply msg di pagi hari,mungkin masih enak dibuai mimpi.unfair la camnie.nak dibuai mimpi jugak.haha.so,MORNING everyone.BYE!

REUNION through phone...

Assalamualaikum :)

Arinie dalam sejarah bangun yang paling lambat sepanjang cuti nie.also maybe for the last time tsk.tsk.tak mahu dah la nak bangun lambat nie.rezeki tak masuk.pastuh kategori anak dara plak tuh.memang conform la laki kau tinggalkan kau bile dah kahwin nanti kalau ade habitat habit macam nie kan.i'll keep going on to change my life to being the better one.InsyaAllah.

Tengah-tengah tengok tb,tetibe ade call masuk.mula-mula malas nak layan.sebab the number appears at the screen memang tak kenal.tapi before tuh,time tengah dibuai mimpi tengah hari tuh,ade banyak missed call dari number nie.so,takut emergency call,just pick up jerk la kan.rupe-rupenye mamat nie yang call.ala,mamat nie.......













budak genius weh kat skola dulu.dia la sifu cubic aku.haha

pergh!makin macho la sifu aku skrg.*pic aku cetak rompak dr fb kau.haha.



Dia la yang call aku.pergh!almost 3hours kot kiteorg bergayut.kalau umah aku tak kene fogging,mahu sampai malam kiteorang berbual.macam-macam story la yang kiteorang bualkan.yela,da 2 tahun kot tak jumpe.nie baru dalam phone,belum jumpe depan-depan.mahu tak tido satu malam.haha.

Dia study kat UNIKL,sepang.course MIAT.line mamat-mamat Aeronautical Engineering seh.haha.gua saluteeee la same lu,bro.haha.first time kenal dia kan,aku pelik.asal la name mamat nie nak panjang berjela kan.nak tahu ape name dia,nie haa...MOHAMAD AL-HAFIZ WONG bin ......pergh!siap ade wong tuh.dia nie memang mix pon.pastuh kan,time skola dulu,aku,apis dengan fred nie da macam kembar taw.sebab dieorang cakap muka kiteorang same.tak de pon sebenarnye,coincidence kiteorang punye spec same...





sila focus kat spec fred ea.owh!ye.yang pose peace gedik tuh la fred.

Gambar aku dengan spec innocent,tak perlu lah aku upload kat sini.sebab tahap kecomelan yang agak melampau telah mengatasi nye.haha.content ape yang aku dapat dari conferences aku dengan apis tadi adelah :-
  1. He totally different compared to two years ago.He become more matured
  2. Ade ke patut dia suro otak aku stop thinking for a while.hahaha.
  3. Dia jugak suro aku pergi audition gelanggang raja lawak kat jb nie.
  4. He absolutely dipressed dengan ex-dia.that girl ade boy lain.
  5. Dia dapat allowance rm630 per month.gile masyuk,bhai!!!
  6. Dia banyak bagi advice,bila aku cakap,'weh,usha kan bdk miat satu untuk aku'haha.
  7. Dia pesan biar la boyfie tuh come naturally.tak payah nak carik2. =)
  8. Kiteorang revise balik cikgu-cikgu yang pernah ajar kiteorang.
  9. I'm very proud of his sister yang belajar kat UK tuuuuuhhhhh.
  10. Dia ajak join reunion.*act,nie la purpose dia call aku.haha
Banyak lagi yang kiteorang cakap.tapi tuh jerk yang aku ingat.sian dia time dia cite pasal ex dia.tapi betul la.dia da banyak berubah.sampai aku lempang pipi sendiri tadi sebab tak caye yang dia dah macam nie sekarang.*part lempang pipi sendiri tuh,sangat lah dusta,okay.haha.mahu tak caye weh.dulu,kantoi dia ade awek pon dari cikgu Asmah.sangat la perahsia orang nye.tak main la nak story-story pasal awek kat kiteorang kan.haha.time da kantoi tuh pon,dia still tak nak share kisah cintan cintun dia kat kiteorang.sangat la tak open-minded.haha.*sebenar nye dia takut nak cite kat aku,sebab aku nie kan minah kepochi.haha

Apis kat sekolah dulu,sangat genius.cikgu Physics aku,En.Rahim Razali,sangat sayang kat apis nie.cikgu mane yang tak sayang anak murid genius kan?aset sekolah tuh.haha.Kalau apis cakap,aku memang tak ade point la nak fight balik.even aku pernah participate debate competition.haha.ape yang dia cakap semua facts okay!dulu aku selalu cakap,duduk asrama boleh menyebabkan kite tak tahu pasal sekeliling.sebab tuh la aku cakap asrama tuh penjara bebas.haha.tapi apis jugak la yang change the negative perception tuh.dia bole jerk tahu pasal macam-macam yang jadik kat luar tuh.aku jerk yang malas.haha.*rajin carik + create alasan jerk.

InsyaAllah.kalau ade rezeki,kite jumpe la nanti eak.sebab date reunion tuh sangat la x ideal dengan schedule aku.sape yang tak nak jumpe membe lame kan.tapi apekan daya.huahuahua.Sampai malam tadi pon apis still call aku,tapi sory laa.i cant pick up the phone sbb time tuh tgh ade keje laa.ade commitment lain yang more important.maybe,next time.apis call aku lelame nie pon sebab dia dapat free call.bukan birthday dia ea.birthday abang dia.haha.lastly,keep in touch,bro!tetibe rase nak letak jugak la picture aku muka innocent tuh.

sangat la tak matured dengan belon-belon segala tuh.

Look out kat spec HAFIZ,FRED dengan AKU.memang dari satu kilang la weh.haha.


*boyfie saya got sleep so earlier tonite.tsk.tsk.(gile meroyan weh!)BYE!


Sunday, December 19, 2010

Express holidays convert to the greatest weekend..

Arituh kan plan dengan anem and bella nak g oliday kat sane sini,at last,tak jadik pon sebab tahap kesihatan anem sangat la tak memuaskan.dia demam.tapi demam,demam dia,masih gagah ye untuk bershopping.haha.dan atas sebab her personal problem with her boyfie,dia suro aku datang pick up her and her roomate,aidani or just call her,ai.before tuh aku dengan mak n uda's family pergi kenduri kahwin.hello,i'm not one of the budak yang rajin bebeno nak pergi kenduri-kenduri.tapi nie sebab desakan emak tercinta,anak nie turuti jua.haha.ecey!padahal,mak tak masak,tak ade makanan la untuk lunch,kalau aku tak follow dia,abes la aku mati kebulur.haha.

Dengan tahap kemalasan akibat bangun lambat,aku malas nak iron baju kurung,so just grab baju yang tak memerlukan untuk aku perah keringat nak iron.haha.siap cincai-cincai jerk,then terus pergi.balik dari kenduri,solat,salin baju terus pergi ambik anem dengan ai kat umah sewa dia kat skudai.otw tuh,sempat msg anem,ajak dia stay jerk umah aku sebab sangat la sure,bile da keluar lewat,balik pon mestilah lewat kan.tak kan la nak antar dia balik umah bile da lewat malam sgt kan,dia pon on jerk.then,kiteorg terus bergerak ke JUSCO TEBRAU CITY.

Arinie gedik-gedik sikit nak try park keta kat basement.wth?aku memang tak pernah park kat basement,sebab jalan nak masuk tuh berbukit.aku takut keta abah mengundur time line up nak pick the ticket.haha.aku memang trauma bab bukit-bukit nie.haha.parking basement dia sangat la luas.tapi penuh.okay,fine.tgk hari laa.weekend kot.for sure la ramai kan?dengan usaha yang mantap dari tiga pasang mata yang dikurniakan Ilahi,akhirnye berjumpa jugak dengan satu bijik keta yang sudah puas menikmati keindahan jusco.haha.

Sampai-sampai terus pergi usha ticket,sebab tahu ramai orang kan.tuh pon dapat tengok citer narnia 3D.anem sayang cute bajet FL belanja,konon-konon hadiah birthday la kan?poyos!haha.uda pon tengok movie jugak.dia plan nak tengok ngangkung,tapi ticket abes.so,terpaksala tengok mak limah balik rumah.dia kate,best.cikepalgojes kate tak best.haha.kiteorang punya ticket pukul 9pm.

Anem memang dah pasang niat la kan nak bershopping sakan sebab duit dalam bank dia dah berkepol-kepol weh.haha.aku layankan jerk minah senget tuh.dia shopping macam-macam okay.aku jeles T_T.tak ape.camnie la membe kan.gua tengok lu shopping jerk.hulur-hulur la sikit.haha*tak ade kene mengene lansung.

Penat shopping,solat,makan,now movie time.gua memang jakun tahap gaban la kan sebab tak pernak tengok movie 3D.so,lepas nie,boleh la gua berlagak dengan korang semua yang gua da pernah pakai spec 3D dalam cinema.haha.about the movie,memang haram langsung tak best!3.5 out of 5.tuh jerk yang aku boleh bagi.sorry to say la ye.aku siap bole msg-msg,lansung tak focus.da tuh bole siap main-main spec dia tuh.kejap bukak kejap pakai.semata-mata jakun nak tengok beza kalau pakai dengan tak pakai.bukan aku sorang okay,anem pon buat.haha.pastuh yang buat mood aku spoil jugak,mamat sebelah gua sok sek sok sek.mamat tuh hingusan seh.haha.nak jerk aku bagi dia pil tido.biar aman telinga aku.*i'm ever cruel.haha.

Abes movie,tunggu tiqa plak.ha!tiqa roomate aku time kat kmns datang jb.haha.she got her unplanned trip.haha.lantak la janji jumpe dia.rindu gile woo kat dia.memang jumpe tuh terus peluk cium dia.haha.nanti aku buat entry pasal dia ea.then,dia pon nak stay umah aku.so,tunggu dia jap,sebab movie dia pkul 930,abes lambat sikit la dari kiteorang kan.weh!dia jumpe bdk rugby tuh kat ktm seremban tuh.walawe.asal tiqa story kat aku,kan aku da confuse.haha.sementara tunggu dia,kiteorang melantak BR jap.pastuh terus balik rumah.

Sampai situ jerk la aktiviti berjimba-jimba kiteorang.sampai rumah around 1230am.nie memang anak dara yang dah berjiwa kental balik lambat.haha.ape nak jadik ha kau anak dara? :P
Now,lets enjoy the pictures.


*love them more than myself

that we called BERJIMBA-JIMBA.haha

p/s:banyak sangat gambar,sampai kene buat collages.haha.weh!pakwe aku accident arinie.wakaka :P

Friday, December 17, 2010

Fatin Liyana pon ade BOIPREN taw.haha

Assalamualaikum =)

 * hasil karya google terchenta <3

Tajuk entry tak boleh bla.haha.dalam keadaan tak ade keje,dengan mata yang tak reti mengantok bila ade depan lappy.g la menggodam blog minah hello kitty yang gorgeous tuhhh,she is Fatin Liyana.selongkar la secara diam-diam atau istilah gangster sikit,STALKER.haha.carik-carik entry lame dia.zaman dia muda-muda dulu.zaman shawl ke syria tak maju kehadapan macam sekarang nie yang masing-masing pon nak berkejar-kejaran mencarik pengganti tudung ikan bawal tuh.yela,sape la yang tak nak cantik kan?haha.okay-okay.sebelum melalut dengan lebih mendalam,ayuh kite menjerumus ke tajuk entry.hahaha.

Bila sudah puas-puas selongkar(tak puas pon lagi,biasela stalker kan?haha),jumpela entry dia time celebrate anniversary dia dgn bf dia.fuh!romantic abes laa.tak ade cake,doughnut pon jadik.ape ade hal kan?bf dia sanggup tuh datang dari malaysia g indon sane tuh.mmg sweet abes la wa cakap lu.pastuh FL nie plak pandai masak,mmg cukup pakej la kan?cantik,bijak,pandai masak,pastuh bile pose semua nak ade peace kan?haha.da tuh u olls,pakwe dia bagi dia hello kitty semata-mata nak bagi FL nie peneman tido.sangat MANIS okay,sampai aku rasa macam nak nangis guling-guling sebab tahap kejelesan yang melampau.haha.

Everyone yang berpijak nyata kat bumi Allah nie berhak ade pakwe,makwe nie semua.tapi kene la tahu mana yang baik mana yang tak kan.seriously,until now,aku tak ada pakwe.*kenyit-kenyit mata.walawe,pengakuan terbuka nie.ekeley!malu la kau biha oii,budak tadika zaman millenium nie pon da ade boipren taw.haha.tapi betol la.bukan tak laku ye,tapi choosy!haha.bagi aku nak ade pakwe nie tak semestinye kene couple kan?its just enough,bile kite da sayang someone tuh,da mule berangan-angan nak kahwin ngn dia,teeetttt.haha.tuh pon da ok kot call as pakwe.jeng.jeng.jeng.scandal belambak,tapi tak ade yang lekat.haha.para scandal,sila bersetuju.kalau x,i tak nak layan u lagi.haha

So far,ade la plan nak make a SPECIAL relationship dengan sape.tapi belom ready lagi nak war-war kan siapakah jejaka idaman tuh?haha.kau ingat kau artis ke nak war-war kan?haha.tak ape la.bagi la gua feeling-feeling sikit ea?Tapi,not all moments happen to us yang indah-indah,manis-manis kan?kalau macam tuh,no rainbows la for our life.*copy ayat anem syg!haha.so,its normal kalau bile da ade pakwe/makwe,then berselisih paham nie semua.lidah lagi kan tergigit,ape lagi la hidup berumah tangga .ewah,ayat sastera abes!haha.all things happen for the reason.

Okay la,mahu continue stalker orang lain plak.haha.
Bye.Adios!

Thursday, December 16, 2010

10 Muharram-Hari Asyura

Assalamualaikum
First thing first,mood : sangat la ralat(kecewa) sebab tak dapat puasa sunat arinie.*ehem.bukan sebab bendera merah berkibar ye.nie sbb yang mungkin tak boleh dikategorikan sebagai sebab.sebab nye,langsung tak ingat pasal hari Asyura.*psst:sangat la cetek ilmu di dada T_T

So,bila da terkilan tak dapat puasa,langsung tidak sentuh bubur Asyura tuh.punye la rasa bersalah,sampai tak tergamak nak sentuh.ececey.ayat nak sadis habis kan.bile nak buat entry nie,terus rajin nak carik ape tuh Hari Asyura kat sini.

Terus rasa macam nak share something.bukan macam,memang pon nak share.ikhlas nie :)
actually,tarikh hari Asyura nie ade banyak,means,banyak pendapat la.ade yang kate 9 Muharram,ade jugak yang kata 10 @ 11 Muharram.jadik,boleh la puasa 9 ke 10 ke 11 ke.lagi satu,memang disunnatkan pon puasa dalam bulan Muharram nie,so,kalau sesape yang nak puasa sepanjang bulan Muharram nie,pon bole la kan?
*mcm bole jerk nak puasa sunat esok kan.so mood : dah tak rasa ralat sgt la eak? :)


Meh nak cite pulak pasal kelebihan puasa 10 Muharram nie,
-Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim)
Pada hari tersebut,Nabi Musa a.s telah diselamatkan dari Fir'aun.kirenye puasa tuh tanda kesyukuran umat Islam.buat bubur Asyura tuh pon tergolong dalam tanda-tanda kesyukuran jugak la kan.sbb,contohnya kan ada surau2 ke masjid2 ke yang buat bubur asyura secara gotong royong,then diagih2kan kepada penduduk2 kat area situ.so,kire macam one of the tanda yang kite bersyukur jugak la kan?


Lagi-lagi?dalam bulan nie,amalan yang terbaik selain berpuasa ialah meluaskan rezeki.sebagai contoh,belanja makan,minum,happykan budak2 kecik dan family sendiri.*awak awak dan awak,lepas nie bole la belanja saya ea?takpe2,bulan muharram lame lagi.nie baru 10 muharram,take your time untuk plan nak belanja saya makan kat mana =) 
Kelebihan nya,InsyaAllah,akan dilapangkan pintu rezekinya selama setahun.*tengok tuh.tak rugi taw kalau awak belanja saya.


tuh semua aku dapat dari artikel kat link tuh.so,kalau ade silap.mintak maap la ye.sesungguhnya yang baik tuh datang dari Allah dan yang buruk tuh datang dari diri aku sendiri. =__=




Danish comel yang snap pic nie.so,pose gedikssss la,bajet hotttt.auuwww.hahaha.









Tuesday, December 14, 2010

aku ke nie?

-assalamualaikum-
try again?
haha.
wait for the next entry ea.
gtg