Saturday, April 30, 2011

Berjimba-jimba Time Exam Fever. Part2

Assalamualaikum =)

Kenapa terus part2 ? eak! sukeati aku la. haha. nope, yg part1 tak ade gambar lagi. gambar tuh da ade cume belom ade dalam simpanan aku.

Jom start! Time nie baru lepas paper Dynamics which means 2nd paper kiteorang untuk final nie. plan nak pergi midnite movie, tapi sebab kiteorang nie excited bebeno so, kiteorang keluar around 10 lbih (tipu! da nak pukul 11 jugak time tuh) terus pergi Umall, Umall da tutup, pergi CS pon same.before nie kalau aku tgk midnite movie pon mesti da book ticket awal-awal. tapi disebabkan nie plan last minute, so that plan were go on cam tuh jerk la. lansung tak dapat tengok midnite movie. haha.

Next, window shopping kat Bazar JB plak. memang sakit hati la kan, pergi situ kalau poket kosong. tapi tuh jerk la alternatif tak nak bagi aku membazir. baju da berlambak sangat. mak aku pon da bising sebab baju aku mengalahkan orang yang da keje, sampai almari baju tuh da sesak sangat. haha.

Penat da cuci mata tengok abang-abang handsome baju-baju, tudung-tudung kiteorang pon plan nak balik. tapi tak balik pon. sebab aku ajak dyeorang singgah hutan bandar. nak makan chicken chop kat situ sebab aku tak pernah makan lagi. sedangkan before keluar tadi memang betul-betul baru lepas makan. dasar perut tong drum!

Perut da berdansa, plan nak pergi karok pulak. cari semua tempat, tapi semua tempat pon da nak tutup. baru tahu yang tak ade kedai karok 24hours kat jb nie. tak tahu la kalau weekends. suara aku macam taylor swift sangat kan tuh yang tak selalu pergi karok. tapi kalau orang da ajak, aku on jerk. haha. last-last da tak ade kedai bukak lagi, kiteorang terus nak balik UTM. tetiba ade mentol colour kuning tepi dahi aku. haha. terus ajak dieorang pergi tanjug piai. aku tak pernah pergi situ lagi.

Suruh Qayyum guide jalan nak pergi Tg.Piai tuh sebab aku tak tahu jalan. dia pon tak tahu jalan, tapi dia ade GPS. agak jauh jugak la. tapi sebab da malam tak banyak sangat orang guna jalan raya, so kiteorang boleh memecut lebih sikit. haha. a lots of problems happened. tak ade problems sangat la tapi macam coincidence jugak. scary-mary okay!

1st, disebabkan GPS mamat tuh, da jalan mane ntah yang kiteorang redah. jalan batu kerikil. hambik kau! sekali kerikil aku bagi. haha. batu yang kasar-kasar tuh. pastuh kiri kanan semua kelapa sawit selang seli dengan pusat ternak ayam. da takut sangat, terus decide nak patah balik. sebab makin lama jalan makin teruk,makin gelap! last-last tak payah guna GPS, guna signboard jerk! lagi senang. haha.

Alhamdullilah, sepanjang aku drive, tak ngantuk pulak. pastuh ade co-pilot kan. macam-macam dia cerita, haha. sampai da habis cerita, dia cakap, "bha, aku da tak tahu nak cerita ape lagi sebab nak teman kau" haha. lawak abes mamat nie. kiteorang agak sampai Tg. Piai tuh subuh la sebab kiteorang nak tengok matahari terbit kat sana. tetiba, keta wan plak habis minyak. carik station mnyak memang tak ade la kan. kalau ade pon dieorang start bukak pukul 9am sampai 9pm sahaja. so, kiteorang terus decide nak patah balik ke pekan pontian untuk carik minyak. wan,qayyum dengan emma stay dekat masjid. nasib baik nak patah balik tak jauh sangat, dalam 2 ke 3 km jerk kot.

Da beli minyak semua, terus pergi transfer kat kereta wan, solat subuh then terus pergi Taman Negara Tg.Piai. unfortunately, tempat tuh tak bukak lagi. start bukak pukul 9am. tak pe tak pe. next plan, pergi kampung nelayan. excited abes aku time kat sini! snap-snap gambar, breakfast, usha pakcik nelayan, usha sotong, usha monyet. semua pon aku usha. weh, monyet sangat banyak disini!


koma siap cakap, bha, matahari tuh nak terbit dia tunggu kite taw! sbb nak naikkan semangat aku time aku down before sampai sini.




co-pilot!




sunrise tak clear sangat sebab pakai hp cabuk aku tuh jerk.




nie bukan tuan monyet-monyet kat belakang tuh. :D




syazwan & miza




qayyum & syazwan




emma penat jadik main driver kereta wan malam tuh.




yeay! he is KOMA bf FATIN .




perfect scenery !




aku pon tak tahu kenapa aku serabai sangat.




she and flower !


Satu jerk aku ralat dekat sini sebab tak dapat nak naik bot dengan pakcik nelayan kat situ. teringin sangat ! tak pe tak pe. next time akan aku pastikan yang aku akan dapat naik bot denga pakcik nelayan. haha.


Now, bertolak pergi Taman Negara tuh balik. dekat jerk pon. dalam 5 mins da sampai.




L O O S E R !




 H A P P Y !





nie la mamat yang tak reti nak tuang minyak keta penuh-penuh.




happy, sad, blur.




cakap jerk nak pergi mane, semua direction ade kat belakang tuh.




dah tak tahu da nak describe ape.





nie pon same. tapi, jap! aku jakun tengok bot-bot banyak kat situ. =____=




bajet rambut kene tiup angin la?




ke-minyak-kan ke-kulit-an





banyak kali terserempak dengan biawak, besar-besar plak tuh.




:)





penghujung selatan !





again !




=)





C O N G R A T S !





credit : qayyum.





nak buat V version selain peace tapi tak reti. =____=




ke-penat-an




koma yang suruh pose camnie. sebab happy sangat kot. 




L O V E *koma tak aci sebab 1st dia duduk, 2nd muka dia tak kene panas. 




L O V E




lompat tapi tak tinggi. haha.


Kalau hari-hari Tg. Piai nie, conform boleh resize drumstick aku! haha. jauh sangat dari one point to another point. one qoute that i still remember until now, " hanya monyet sahaja yang buang sampah merata-rata". ha ! lagi satu, before masuk sini kene beli ticket. kalau ade student card u'll get the discount. normal price RM5, student price RM3. sebab nak jimat ade budak-budak nie yang sanggup pakai student card time mereka di matrik lagi. haha, nasib baik kakak kat counter tuh tak check. sory, akak! 

Time nak balik semua sedih. sebab da kene balik UTM. haha. so, lets enjoy! kiteorang merealisasikan balik 1st aim kenapa kiteorang keluar malam before sampai sejauh Tg. Piai nie, kiteorang pergi tengok movie, karok dan OGAWA dekat Umall. dyeorang tengok cerita RIO. knape dyeorang bukan kiteorang? sebab aku tak tengok pon cerita tuh, aku tido start cerita tuh sampai abes. haha. nasib baik tcket murah arinie, so tak ade la regret sangat. haha. sempat jerk kan. balik UTM, penat, mandi, solat, tido sampai petang. pastuh baru start study for next paper.

Really-really enjoy! dioerang memang super duper awesome! sebab tak kesa pergi mane-mane pon, on jerk. haha. nanti da dapat gambar time pergi mersing, aku cerita kat sni lagi ea. 

BYE!

Friday, April 22, 2011

Countdown!

Assalamualaikum =)

Today da hari Jumaat so 3 days to go before final exam! syllbus tak habis cover lagi tapi kenapa macam cool? entah! btw, lappy tercinta akan diberi cuti selama 3 hari nope. up sikit 4 hari la pulak. nanti habis paper DYNAMICS sila beri respons yang baik ye, lappy! account YES pon aku da habiskan. now, tinggal RM0.27. gonna miss u cik FB, cik BLOGGER dan jugak cik TWITTER.

Kat sini jugak nak mintak maaf kat everyone ! *well~ kalau nak exam mesti semua orang pon nak mintak maaf kan. yela, diri nak pergi berjuang so kene la bersih dari segala kekotoran.

"Aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. selamat hari raya. maaf zahir batin.  0-0 ea! all the best to everyone ! berjuang la habis-habisan demi future korang. then tawakkal. for those yang tak habis study lagi *almost utk diri sendiri, jangan give up. masih ade mase lagi dan keep on studying! most important thing, jaga hubungan korang dengan Allah. mintak Dia permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah. Dia nampak usaha kita dan Dia tahu apa yang TERBAIK untuk kita"

Macam-macam masalah datang, tapi aku buat bodoh jerk. yup, that not the best solution but i'll try to settle out ASAP. sebab nie melibatkan PERASAAN. aku jugak yang carik masalah nie. senang sangat nak sayang orang!


Okay! jumpa lagi 4 hari ea. Take care! BYE!

Wednesday, April 20, 2011

Study Week

Assalamualaikum =)

Orang da berzaman study week, aku baru terhegeh-hegeh nak start study. T____T. tak guna nak nyesal sekarang. haha. so just start to open the book! semalam da start study engineering maths sikit. buat soalan past year, then baru realised yang soalan tuh super duper susah! madam pesan harituh, konsep dan bentuk soalan same jerk untuk setiap tahun, tapi nie aku buat 2soalan 2 jam, ape cite? last-last give up, mula lah buat benda bukan-bukan. nipis betul iman nie, sampai sikit pon syaitan goda terus melting, pergi ikut cakap makhluk bertanduk tuh.

Percubaan stay up semalam jugak berjaya. Alhamdullilah. Dan paling gembira sebab dapat menunaikan solat subuh on time. syukur. dan mungkin akan berterusan hingga habis final. InsyaAllah.

Today is the 3rd day of study weeks tapi aku baru study ciput. almost 20% jerk kot. Ya Allah, permudahkan lah untuk hambamu ini menuntut ilmu demi mencapai cita-cita yang diimpikan di samping menghadiahkan kejayaan ini kepada mak dengan abah. amin~

Time table final aku super duper cool. cool? sebab tak ade paper berderet-deret. cuma paper titas dengan dynamics jerk la yang sebelah2.

kaktus tuh da dianak tirikan sekarang nie

25 April 2011 : TITAS 
26 April 2011 : DYNAMICS
29 April 2011 : ENGINEERING MATHEMATICS
4 May 2011 : MECHANICS OF FLUIDS
5 May 2011 : MATERIAL SCIENCE

Ingat habis final da boleh berjimba-jimba? noooo! kiteorang ade short sem. all mechancical students are compulsory to take this short sem. it will begin on 23 May until 15 July. around 2 months. lame okay! nasib baik rumah dekat so kalau agak-agak kebosanan bole balik rumah. haha. pastuh time-time camnie jugakla dyeorang nak buat reunion bagaikan. natural phenomena untuk cuti semester. haha.

to EDA : amboi-amboi, kemain lagi kau ea! haha. dont worry dear. i'll keep the secret. haha. btw, aku memang tabik spring la dekat kau kan sebab rajin gilos pergi library. aku jejak PSZ tuh bole kire kot berapa kali jerk. pinjam buku pon baru sekali tuh pon sebab nak tambah list refferences untuk project material science aku. :P

okay! gtg. kene study sekarang. BYE!

Tuesday, April 19, 2011

Teenager's Life.

Assalamualaikum =)

Last nite aku OVERNITE. haha. plan nak pergi makan dengan coursemate. Hanif jadik mastermind, at last aku jugak kene suggest tempat dan bawak dieorang. then aku tak pernah makan kat Damai Seafood. tempat tuh area taman perling, atau lebih specific lagi dekat perkampungan orang asli. the way nak pergi restoran tuh mmg sgt la scary-mary. 1st time dtg sure pkir btol ke ade tmpat mkn kat area gelap2 camnie. dengan aku lead dyeorg  pon jalan asyik sesat jerk. u-turn berpuluh kali. *tipu. sampai one of coursemate aku cakap :

"lagi sekali bha buat u-turn aku nak balik utm terus"

hello! cukup baik aku da guide korang sampai jumpe kedai tuh, bnyak complaint plak! haha.

Sampai jerk terus carik tempat. alhamdullilah~ tak ramai orang. maybe sebab weekday kot. kalau weekend kirim salam la nak dapat tempat free camtuh dengan serve dia yang super duper cepat. memang menepati konsep perut kami yang sedang membuat konsert dengan jaya nya. siap ade dapat kacang FREE okay. function? alas perut sementara dapat makan yang kite order. ye, bukan FREE! masuk dalam receipt. RM2 plus plus. pastuh yang unique nye concept makan kat sini adalah, dia tak ade serve makan untuk sorang2 dia serve makan untuk ramai2. so, minimum pon set small, untuk 2 orang makan. kalau medium utk 4 org makan tapi untuk pelahap tegar 3org pon tak cukup kot. haha.

So,menu kiteorang malam tuh, nasi goreng kampung, nasi goreng damai, beef kuew teow goreng, bihun singapore, dan nasi goreng kari. semua kiteorang dapat rase. air almost order air buah. jadik tiada gambar yang boleh dikepilkan bersama di sini akibat tahap kelaparan lebih tinggi berbanding tahap bergambar. harap maklum. =____=

Tapi, gambar sebelum makan memang sangat dialu-alukan untuk ditempek di sini :

muke kelaparan memang selalu camnie.


yang tengah tuh la paling banyak complaint. da la pakai bju UTM. haha.


Ha, nak bagitahu nie, mase makan tuh budak lelaki dok sebok la share ghost story dyeorang, paling tak boleh belah, siap round table kot nak ambik turn cite msg2. sungguh kelakar. lepas makan keluar plak mentol kat hujung sikit kepala aku ajak makan ice-cream ramai-ramai kat tepi laut. mereka jugak memberi respons yang sangat baik terus bagi green light! deal! berangkat ke danga bay. tapi tak jumpa kedai jual ice-cream dlm mngkuk besar tuh. yang ade apek jual ice-cream mahal-mahal tuh. beli jerk la sebab tak nak kempunan kan. makan tepi laut konon happening la. hampeh! bau busuk. tssk. tssk. tapi sebab da lapar LAGI makan jerk la buat-buat macam tak ade bau. 


Habis sesi mencuci mulut dengan pencuci mulut tersebut terus main baling-baling batu. 1st memang lawan baling batu sape paling jauh kan. dan sudah tentu la aku pembaling paling paling dan paling dekat, 2nd main baling batu dengan skills terbaru. tak tahu nak explain. tapi baling tuh dari low angle, then bile baling tuh batu tuh akan lompat banyak kali. sumpah tak reti explain!Dari berpuluh-puluh batu aku baling tuh ade la sekali dua jerk yang jadik. okay la kan dari tak ade lansung. haha. yang pasti application of projectile motion sangat la penting dalam game nie. ape kau ingat main angry bird jerk related dengan projectile motion? haha.

emma, gedik, miza.



hanif-mastermind la sgt!



bajet korg pakai bju UTM pak guard tak tahan la kalau da balik pkul 3 4 pagi??



koma-sifu baling batu
.

H.A.P.P.Y.

Da puas kat Danga dieorang ajak pergi The Zone plak. Hanif cakap scene dy lain kat sane. haha. masing2 pon layan kan jerk sebab kat DB tak ade ape2. kebosanan. sampai the zone pon macam same jerk. cuma surrounding kat sini hidup skit la kalau nak compare kan dengan DB tuh. memang paham sangat la kan sebab nie bukan WEEKEND. camne nak hidup. baru sampai kejap, dyeorang ajak beli ice-cream lagi. sebab kat sini ade 7-11. mestila ade jual ice-cream dlm tpperware tuh kan. yeay! terima kasih kerana merealisasikan impian si budak gedik ini. haha.


bscuit teddy bear tuh makan dengan ice-cream mmg yummy!


last-last kiteorang jerk yang abeskan ice-cream, sbb yang lain da tak bole masuk.



sian miza. da tak tahan sakit kepala.



time nie semua tgh makan kuaci version mint emma tuh, *aku la paling jakun.


Time kiteorang duduk-duduk nie, banyak benda yang kiteorang nampak. and learn from it. okay. gtg. nak continue study. 

Orang lain semua da start study, aku baru terkial-kial. pastuh baru realised yang soalan final nanti memang susah tahap bole guling-guling sebab tak reti nak jawab. BYE!



Saturday, April 9, 2011

rindu =]

Assalamualaikum =)

Rindu dekat anem terlerai sekejap! memang nekad abes la decide nak lunch dengan dia. call, tnye dia pkul brape lunch hour, trus deal. around 1230 ambik dia kat office, then pergi skudai prade jap. minah nie nak carik hard disk. muatan laptop da maximum! yang tak boleh blah tuh siap beli hard disk sebijik macam aku punye. sebok jugak nak hard disk colour pink. gedik! muahahahaha. planned nak makan kat secret recipe kat jusco bukit indah, tapi time really jelousing us, so decide makan mcd jerk la. terima kasih sayang sebab belanja! share all the stories. sebab excited sgt dapat jumpe, tak sempat nak capture gambar dia. tak pe, next time, sure xterlepas agenda wajib kiteorang nie. haha. thanx again, anem! :]

Next agenda, berjimba-jimba. thanx for everyone for making my days. really enjoy it even tak ramai mane pon yang join. just around 20 persons only. but really-really great! thanx too for those yang give the advice and the comments. really appreciate and i'll take it as positive feedbacks after we already make the 'siblings' relationship.

mirror of myself.

First, about time, yes, i'm not the one who can appreciate the time. and i'm not the punctual person too. but i'll try to change it. second, its about feeling atau nama scientific nye, ati tisu kau tuh ha! haha. its hard for me to change it because it already natural in my life. bukan aku yang dok terhegeh-hegeh nak jadik sensitif sgt. tp mmg da camnie. sory to anyone, yang terasa ati ke ape ke. maybe korang tak cukup kenal aku lagi. and for the third comment? haha. sory, i can't mentioned it out. why? because it too personal. sory, peeps!

Okay! kene continue study. sebab next week test nicely waiting us. line up baik punye! haha.
BYE !

Thursday, April 7, 2011

Terlupa yang sebenarnye aku ade blog ea?

Assalamualaikum =)

Safely arrived at home. *macam umah jauh jerk kan. sesaje gedik2 nak balik rumah. sedangkan weekend nie balik lagi.

Eak! baru perasan yang aku ade belog la. berkurun da tak hupdate pape. *orang time ade komitmen lain jugak, tapi dieorang pandai manage time dyeorang. tak macam kau! tssk. macam-macam event already happened and that i should share here, but my bad! semua pon tercicir-cicir entah ke mana.

Hectic week coming soon! next week test + quiz berderet-deret nonstop. terbaik! project Engineering Drawing dengan report dominoes pending lagi. study untuk test pon hampeh. preparation untuk test ape ntah lagi. need to change a lot! tak bole jadik nie. wake up ye cik biha!

Already registered those sbject that will taken for next sem. packed gilos! semua class start pukul 8 PAGI dan berakhir pkul 6 PTG. best kan timetable camtuh. break pon ciput-ciput jerk. planned nak ambik koQ next sem, tp bile tengok timetable yg messy camtuh, xjadik kot. kang xsempat-sempat nak bernafas kang. *sedangkan da register da utk koQ, aku ambik treckking plak.

Schedule untuk final exam pon sudah keluar. start paper april 28 till may 9. nanti aku update balik schedule final tuh ea. sangat takut tapi lnsung tak ade kesedaran. tsk! and study weeks will begin on 16 april. maknanye, tinggal lagi seminggu nak abeskan semua syllbus. tak bole skip class lagi! even TER-skip! haha.

Okay! sudah puas dapat update belog even 1 entry jerk.




si gedik bersama miza dor.


si gedik again bersama azwa


si gedik again again again bersama roomate gilos, emma.


da lame tak ambik gambar ber-4 camnie. =)


Asal pakai spec pesen macam tuh? sbb nie kat lab, tengah buat project autocad. and my spectacles acts as my project. kejap-kejap bukak nak ukur, tuh yg pakai camnie jerk. bijak sgt sbb xbawak spec lagi satu.
I'm one of YES's user now! da tak pakai berukband. tapi tak reti-reti nak terminate kan. bill da melambung tinggi, padan muka kau! :D

gonna miss en.boyfie! why? dont know. =____=
gtg. BYE!