Friday, October 21, 2011

Pra-Berjimba jimba

Assalamualaikum =)

Setelah mengharungi, 3 test yang boleh buat otak aku sesak tak cukup nafas, nie lah redeem nya. as usual, unplanned. puteri puteri mekanikal keluar dari utm. girls out day. tak payah nak girlS sangat kot, sebab hanya bertiga. it should be, berlima, tapi hanya kami bertiga je. jangan tanya kenapa! haha.

Destinasi dituju adalah City Square dan JB central. sampai sampai, terus melantak kat My Moms Chicken Rice kat JB Central. terima kasih 'kawan' emma, sebab belanja, kalau tahu dia nak belanja, kiteorang order banyak sikit. haha. kawan emma belanja baulu jugak! sedap woo baulu dia, rasa nak suggest kat mak, borong baulu tuh untuk raya haji ni.

Selepas sesi riangkan perut, kiteorang bergegas ke panggung wayang untuk menonton cerita 'The Things'. superb cerita ni! tak rugi buang duit RM7. cerita yang penuh dengan ke-suspens-an. terbaik! 4 out of 5. kejadian menjerit dan berpeluk antara kami tetap tak dapat dikawal, akibat duduk kat barisan tiga paling depan. popcorn dan air mountain dew juga dibazirkan begitu sahaja akibat terlalu teruja menonton wayang!

Sejurus sesi wayang selesai, kami meneruskan misi kami. shopping shopping dan shopping. budak berdua nie shopping sakan, lagi lagi products angry birds. dahsyat betul penangan angry bird sekarang nie. dan kejadian 'salesgirl biadab' tak kan kiteorang lupakan. hampagas punya akak! period dia sorang je fikir, macam mana nak maju kan business kau, kalau layan customer macam taik. on that time, memang aku banyak maki dia. maaf. tapi bila kau tinggikan suara sambil hentak meja membangkang harga yang kami request, tuh satu perbuatan yang lansung aku tak boleh terima. sebab kiteorang mampu bayar dengan harga yang kau tetapkan tapi tak perlu nak tunjukkan kau sorang je JEPUN SERANG HARI TUH!



minah minah angry bird :D



bukan di KFC.





roommate kaki hack fb orang :P


miza beli wallet baru. kene bahan dengan kiteorang sebab ada colour pink kat wallet tuh.


nie lah baju yang kiteorang nak beli untuk gang kiteorang, tapi tak ada rezeki. sedikit terkilan.



Next, berjimba session already planned. sila nantikan :)

Saturday, October 15, 2011

Welcome back :)

Assalamualaikum :)

Aku tak sesat. nie memang blog aku. bukan lupa dengan kewujudan belog nie, tapi kene buat buat lupa. kerana MASA lebih diutamakan untuk kerja kerja lain. maaf belog, maaf kerana tinggalkan kau begitu saja. last post 20 Ogos, dan hari nie dah 16 Oktober. maknanya dah hampir 2 bulan belog ini tak berupdate.

Cerita-cerita basi yang tidak akan di update, tapi tetap segar dalam kotak ingatan aku, sampai bila-bila.

RAYA AIDILFITRI 2011
MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA 2011 (KFK)
MINGGU RAMAH MESRA 2011 (KFK)
MAJLIS KONVOKESYEN KE-47 (KFK)
FIRST SEM FOR SECOND YEAR

Banyak cerita yang nak diceritakan, tapi tahap kemalasan untuk memerah otak tuh lebih berada di tahap maksima. next time, ada masa, aku bebel kat sini eh? yang still fresh dalam otak aku, pasal kemenangan bola jaring dari team SLAYER SMI. congrats to all team's player. paling best ayat senior, " okay lah tuh tempat kedua, dari tahun lima tapi mulut macam longkang, tak guna jugak "

Dear, blog, selamat bertemu kembali. hopefully dalam masa terdekat nie, ada lagi post baru yang bakal ditempekkan di sini. InsyaAllah. Hari isnin test electrical technology, selasa pulak test mechanics of fluids 2. dua dua subject aku tak study lagi. mungkin sekarang lah masa untuk study :)


Bila WingAttack & GoalShooters bergabung, maka huru haralah court netball tuh :)
credit to MOHD NABIL for the jersey :)